Sunday, April 17, 2011

Bonda Tiri Raja DiHilir Perak Mangkat

27.04.2011, Rabu - Che Puan Besar Dato' Wan Rafidah bt Wan Ahmad Rasidi yang merupakan Bonda Tiri kepada Duli Yang Amat Mulia Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa telah mangkat malam tadi pada jam 20:15hrs di sebuah hospital swasta di Ipoh. Allahyarham berusia 78 tahun dan merupakan isteri keempat kepada Almarhum Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Muda Musa Ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz. Jenazah Allayharham telah selamat disempurnakan di Makam DiRaja Kuala Kangsar selepas solat Zohor tadi. Hasil perkongsian hidup Allahyarham dengan Almarhum Raja Muda Musa telah dikurniakan dengan tiga orang putera dan dua orang puteri iaitu Raja Shahril, Raja Hatta, Raja Abdul Rahman, Raja Nuraini dan Raja Saridatul Deva. Almarhum Raja Muda Musa dikurniakan dengan 20 orang cahayamata sepuluh lelaki dan sepuluh perempuan dengan lima orang isteri. Bonda Raja Dihilir adalah Cik Puan Mariam binti Abdullah yang merupakan isteri pertama Almarhum Raja Muda Musa. Al-Fatihah kepada Allahyarham Che Puan Besar Dato' Wan Rafidah bt Wan Ahmad Rasidi semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beramal soleh. AMIN

3 comments:

Anonymous said...

PEMBETULAN KENYATAAN YANG DINYATAKAN OLEH SAUDARI MBS ;

Assalamualaikum , Minta maaf ,kami daripada kerabat Dato' Wan Rafidah Wan Ahmad Rasdi , ingin membuat pembetulan tentang kenyataan saudari sangat kurang tepat kerana beliau bukan isteri keempat tetapi isteri yang KEDUA .

harap maklum . terima kasih

Anonymous said...

Maaf lagi sekali, kami bermaksud *saudara. Kami tersilap juga tadi. Dato' Wan Rafidah Wan Ahmad Rasdi, merupakan isteri yang KETIGA. Harap saudara tidak terasa. Terima kasih. :)

tengkusyah said...

Salam kepada tuan/puan yang tidak meninggalkan nama. Tak mengapa Its ok. Tetapi maklumat yang ada pada saya seperti berikut.
1. Cik Puan Mariam
2. YM Raja Zaleha
3. Cik Puan Noraini
4. Dato' Wan Rafida
5. Cik Puan Hjh Hayati
Maaf jika saya tersilap. Jika tidak keberatan, boleh saya dapatkan e-mail anda kerana ada perkara yang ingin saya tanyakan. Salam hormat.