Saturday, April 16, 2011

Tidak Setuju Raja Swaziland King Maswati III Menghadiri Majlis Perkahwinan Prince Willian dan Kate Middleton

23.04.2011, Sabtu - The Gurdian dalam keluarannya semalam, Jumaat 22.04.2011 bertajuk "Anger over Swazi king's luxury plans for UK royal wedding melaporkan bahawa Raja Swaziland, King Maswati III telah dijemput untuk menghadiri Majlis Perkahwinan Prince William dan Kate Middleton pada 29 April ini. Walau bagaimanapun rakyat Swaziland dikatakan menentang keras rancangan King Maswati III untuk menghadiri majlis tersebut yang akan diadakan di Westminister Abbey, London. Sawaziland merupakan satu-satunya negara Afrika yang masih mempunyai sistem Monarki Penuh. Para aktivis Swaziland dilaporkan akan mengadakan tunjuk perasaan dihadapan hotel lima bintang Dorchester di Mayfair, London dimana King Maswati III dan 50 orang pengiring diraja baginda menginap.

Mary Pais Da Silva yang merupakan pemudahcara bagi Swaziland Democracy Campaign memberi komen terhadap pelan perbelanjaan mewah King Maswati III ke London memandangkan 70% rakyatnya hidup dalam kemiskinan. Kata beliau rakyat tidak tidak membenarkan Raja Maswati keluar negara dalam keadaan krisis ekonomi yang melanda sekarang ini. Pihak kerajaan menggalakkan penjimatan dalam segala aktiviti tetapi tidak pada rajanya. Tambah beliau lagi keputusan kerajaan British menjemput King Maswati III kemajlis berkenaan merupakan satu kesilapan walhal kerajaan British sendiri mengetahui masalah dalaman yang dihadapi oleh Swaziland.

Fungayi Mabhunu yang merupakan pemudahcara bagi Swaziland Vigil pula mempertikaikan dari mana datangnya perbelanjaan Raja Maswati III dan Rombongan ke London memandangkan Swaziland merupakan salah satu negara termiskin didunia. Tambah beliau 80% penduduk Swaziland tidak mempunyai pekerjaan dan puncannya adalah dari King Maswati III sendiri yang dianggap sebagai diktator. Menurut beliau, Swaziland memerlukan pemerintahan secara Demokrasi bukannya Pemerintahan Beraja seperti sekarang ini. Mabhunu juga melahirkan kekecewaan terhadap kerajaan British yang menjemput King Maswati III ke majlis berkenaan. Kerajaan British tahu apa yang berlaku di Swaziland tetapi disebabkan protokol mereka menjemput Raja Maswati III tanpa memikirkan bahawa dengan adanya bantahan dan tunjuk perasaan yang akan diadakan di London oleh aktivis Swaziland akan mencacatkan perjalanan majlis perkahwinan diraja.

Tony Dykes yang merupakan Pengarah bagi Action for Southern Africe dalam komentarnya memaklumkan bahawa adalah sesuatu yang memeranjatkan apabila pihak Istana Buckingham mungkin dengan nasihat kerajaan British mengeluarkan jemputan kepada Raja Swaziland, King Maswati III untuk menghadiri majlis perkahwinan diraja diantara Prince William dan Kate Middleton. Tambah beliau, disebabkan protokol mereka sanggup membelakangkan hak kemanusiaan dengan memberi keutamaan kepada protokol itu sendiri

Jurucakap Clarence House (Kediaman Rasmi Prince of Wales) memaklumkan bahawa jemputan ini adalah untuk ketua negara dan mengikut protokol yang ditentukan. “The heads of state invited are members of royal families, in accordance with protocol for this kind of event.”

No comments: