Tuesday, April 12, 2011

Artis Malaysia Hasilkan Potret Prince William dan Kate Middleton Daripada Jarum Peniti

Nelson dan Potret Pasangan Pengantin Diraja - Gambar dari Bernama

20.04.2011, Rabu - Inilah yang dinamakan Malaysia Boleh. Hari ini seorang Ajen Hartanah yang juga merupakan seorang artis, Nelson Ponniah tidak ketinggalan menunjukkan kepada dunia kreativiti beliau menghasilkan potret Prince William dan Kate Middleton sempena perkahwinan mereka pada 29.04.2011. Nelson menghasilkan potret berkenaan menggunakan jarum peniti atau 'nickel plated pins". Beliau mengambil masa selama 10 hari untuk menyediakan potret berkenaan dengan menggunakan 77,000 jarum peniti.

Menurut Nelson beliau inginkan Malaysia menjadi terkenal dari hasil karya yang unik seperti ini dan berharap potret berkenaan dapat dihantar ke Istana Buckingham. Beliau berharap untuk meminta bantuan Datuk Jimmy Choo yang merupakan pereka kasut terkenal kelahiran Malaysia untuk merealisasikan impian beliau atau meletakkannya di Kedutaan British di Kuala Lumpur. Beliau juga akan mempertimbangkan jika ada badan korporat atau individu yang ingin memiliki potret berkenaan.

Sehingga kini beliau telah menghasilkan beratus-ratus potret melalui kaedah ini termasuklah wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah, Presiden Barack Obama dan Bangunan KLCC. Tahniah Nelson atas kreativiti yang anda pamirkan yang pastinya membanggakan Malaysia.

No comments: