Sunday, April 10, 2011

BN Menang Dua Pertiga Pilihanraya Sarawak

Majlis Angkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri Sarawak di Astana Negeri Malam ini - gambar dari Bernama


16.04.2011, Sabtu - Shukur Alhamdulillah Barisan Nasional telah memperolehi majoriti dua pertiga dalam Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-10 hari ini. Sebanyak 71 kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan pada pilihanraya kali ini. Barisan Nasional memenangi 55 kerusi manakala pihak pembangkang yang terdiri daripada DAP memenangi 12 kerusi, PKR 3 dan Bebas 1 manakala PAS, SNAP dan parti Cinta Malaysia tidak memenangi sebarang kerusi.


Selepas pengumuman dibuat, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud telah mengangkat sumpah Jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak dalam satu majlis ringkas di Astana Negeri. Ketua Menteri yang berbaju melayu unggu mengangkat sumpah dihadapan Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin bin Abang Barieng. Ini merupakan pengal kelapan Ketua Menteri yang juga merupakan Pengerusi BN Sarawak memegang tampuk pemerintahan negeri semenjak 1981. Ketua Menteri sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk melepaskan jawatan Ketua Menteri dan memaklumkan bahawa ini adalah pilihanraya terakhir dibawah pimpinan beliau.


Dalam pilihanrya 2006 lepas BN menang 62 kerusi daripada 71 kerusi yang dipertandingkan manakala beliau mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri sehari selepas pengumuman dibuat tetapi pada pilihanraya kali ini beliau terus mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sarawak selepas sahaja diumumkan BN menang majoriti dua pertiga. Beliau mengekalkan kerusi Balingian dengan menewaskan dua pencabarnya iaitu Calon Bebas, Datuk salleh Jafaruddin dan Calon PKR, Suriati Abdullah dengan majoriti 5,154 undi.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbarnya malam ini mengucapkan terima kasih kepada Rakyat Sarawak atas kepercayaan yang telah diberikan kepada Barisan Nasional. Tahniah diucapan kepada Barisan Nasional yang mengekalkan tampuk pemerintahan di negeri kenyalang ini semuga dengan kemenangan ini Negeri Sarawak akan bertambah Maju dibawah pemerintahan Barisan Nasional.

No comments: