Thursday, April 21, 2011

Istana Buckingham Siarkan Gambar Rasmi Perkahwinan Duke and Duchess of Cambridge

Pasangan Pengantin Baru Duke and Duchess of Cambridge. Gambar-gambar ini diambil di Bilik Singahsana Istana Buckingham selepas Istiadat Perkahwinan Diraja di Westminister Abbey.

01.05.2011, Ahad - Akhirnya pihak Istana Buckingham mengeluarkan tiga photo rasmi perkahwinan Duke and Duchess of Cambridge untuk tatapan umum. Photo-photo ini adalah hasil kreativiti Hugo Burnad yang merupakan jurugambar rasmi Istiadat Perkahwinan Duke and Duchess of Cambridge pada 29.04.2011. Photo-Photo ini mengabungkan dua keluarga baru pasangan pengantin diraja. Dengan perkahwinan ini makan berakhirlah kehidupan Catherine Elizabeth Middleton atau Kate Middleton sebagai rakyat biasa atau orang kebanyakan dan bermulalah era baru dalam kehidupan beliau sebagai sebahagian kerabat diraja Britain dengan gelaran Her Royal Highness Dutchess of Cambridge.

Perkahwinan diantara orang kebanyakan dan Raja sudah menjadi kebiasaan sekarang ini dan bukan merupakan satu keganjilan. Sebagai contohnya di Malaysiapun perkara-perka seperti ini berlaku dimana Raja Permaisuri/Raja Perempuan/Tengku Ampuan/Raja Puan Muda adalah bukan dari kerabat diraja tetapi telah diangkat mertabatnya sebagai Suri Singahsana. Fenomina ini didahului oleh YAM Permaisuri Siti Aishah yang merupakan Mantan DYMM Tengku Permaisuri Selangor dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong XI.

Diantara yang lainnya adalah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah (Terengganu), KDYMM Tuanku Sultanah Hajah Hamimah binti Haji Hamidun (Sultanah Negeri Kedah Darul Aman), DYMM Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom (Sultanah Pahang), DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Bainun (Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan), DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim (Raja Puan Besar Perak - walau bagaimanapun Tuanku Zara merupakan Kerabat Diraja Kedah sebelah bonda baginda) dan DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (Raja Puan Muda Perlis).


HRH Duke of Cambridge dan HRH Duchess of Cambridge berada ditengah bersama kaum keluarga masing-masing. Barisan hadapan (kiri ke kanan): Miss Grace van Cutsem, Miss Eliza Lopes, HRH The Duke of Edinburgh, HM The Queen, The Hon. Margarita Armstrong-Jones, Lady Louise Windsor, Master William Lowther-Pinkerton. Barisan Belakang : (kiri ke kanan) Master Tom Pettifer, HRH The Duchess of Cornwall, HRH The Prince of Wales, HRH Prince Henry of Wales, Mr Michael Middleton, Mrs Michael Middleton, Mr James Middleton, Miss Philippa Middleton.


Pasangan Pengantin Diraja bersama-sama "Pembantu Mereka" yang merupakan kaum keluarga kedua-dua pengantin diraja semasa Istiadat Perkahwinan di Westminister Abbey pada 29.04.2011 yang saksikan oleh 1900 orang tetamu dan dipancarkan secara langsung ke seluruh dunia.

No comments: