Thursday, April 28, 2011

Mesir Mohon Jerman Pulangkan Patung Queen Nefertiti



Patung berupa Kepala dan Bahu Lagenda Permaisuri Mesir Yang Terkenal iaitu Queen Nefertiti yang kini berada di Berlin.

05.05.2011, Khamis - Pada 03.05.2011 lepas minister of antiquities, Zahi Hawass memaklumkan bahawa Kerajaan Mesir akan membuat tuntutan secara formal kepada Jerman supaya memulangkan patung berupa kepala Lagenda Permaisuri Mesir Queen Nefertiti yang berusia 3,400 tahun yang berada dalam simpanan Jerman kepada Mesir. Permohonan secara formal itu akan diserahkan kepada Jerman melalui Kementerian Luar Mesir minggu hadapan beserta bukti kukuh yang patung berkenaan telah di seludup secara haram ke Jerman.

Hawas dalam kenyataannya memaklumkan bahawa beliau telah menghantar permohonan berkenaan sebelum ini pada Januari lepas tetapi atas kapisiti beliau sebagai head of the Supreme Council of Antiquities. Permohonan itu dihantar sehari sebelum berlakunya reformasi politik yang menjatuhkan Prisiden Hosni Mubarak berlaku.

Walau bagaimanapun kerajaan Jermaan menolak permohonan berkenaan. Jurucakap Kementerian Kebudayaan Jerman memaklumkan bahawa pendirian kerajaan Jerman tidak akan berubah dan patung kepala Queen Nefertiti akan kekal di Berlin buat selama-lamanya.

No comments: