Saturday, April 16, 2011

Raja Muda Perlis Rasmikan Seminar Berpegang Kepada Al-Quraan dan Sunnah

DYTM Raja Muda Perlis merasmikan seminar bersama Imam Masjidil Haram - gambar dari bernama.

25.04.2011, Isnin - Semalam Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenaan merasmikan Seminar Berpegang Kepada Al-Quraan dan Sunnah. Seminar diadakan di Hotel Royal Chulan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Turut serta dalam seminar ini adalah Imam Masjidil Haram Syeikh Dr Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudais, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dan Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Irmohizam Ibrahim.

Dalam titahnya, Tuanku menyeru umat Islam agar kembali kepada Allah dan rasul iaitu dengan merujuk kepada ajaran al-Quran dan sunah apabila berlaku perbezaan pendapat. Titah baginda Apa yang perlu kita belajar dan pertingkatkan adalah cara untuk memahami antara satu sama lain, berlapang dada dengan perbezaan, sudi mendengar dan bertukar-tukar fikiran dalam suasana yang harmoni dan penuh ketamadunan.

No comments: