Wednesday, April 20, 2011

Pagi Sabtu Aktiviti dan Kesihatan Syah

30.04.2011, Sabtu - Pejam Celik Pejam Celik dah 30 haribulan hari ini, cepat betul masa berlalu dan esok 01.05.2011 merupakan Hari Pekerja dan disebabkan ianya jatuh pada hari Ahad maka kita akan bercuti hari Isnin ini. Tak tahu nak kemana ........................ Lutut Syah sekarang nie ada masanya sakit pula manakala buang air kecil yang sakit tu dah tak sakit lagi dan boleh dikatakan ok dah dan rasa nilu tupun dah kurang, kalau adapun rasa sedikit sahaja. Pagi tadi Syah sempat merumput dihadapan rumah untuk buang lalang dan daun-daun yang kering. Buang sampah dan jemur kain yang Syah basuh semalam dan tak kering kerana hujan dari pagi sampai tengahari. Jam 10:00hrs tadi Syah ambil suppliment lutut kemudian breakfast dan makan antibiotik dan ubat lainnya termasuk untuk masalah buang air kecil tu. Sekarang jam 10:53 dan Syah melayan NTV 7 sekali lagi untuk menyaksikan siaran ulangan Perkahwinan Diraja Duke and Duchess of Cambridge.

No comments: