Sunday, April 10, 2011

DYTM Raja Muda Perlis Rasmikan Pelancaran Bank Buku dan Sudut Bacaan di Terminal Feri Kuala Perlis

Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis di Majlis Perasmian Pelancaran Bank Buku dan Sudut Bacaan Terminal Feri Kuala Perlis. - Gambar dari Bernama.


16.04.2011, Sabtu - Semalam Raja Muda Perlis Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamallulail telah bekenan merasmikan pelancaran Bank Buku dan Sudut Bacaan di Terminal Feri Kuala Perlis. Projek ini merupakan hasil inisiatif Perpustakaan Negara Malaysia melalui Program Jauh Perjalanan Luas Pengatahuan. Sebelum ini projek yang sama telah dilaksanakan bersama Keratapi Tanah Melayu dengan mengwujudkan Bank Buku dan Sudut Bacaan di Stesyen KL Sentral dan KTMB Ipoh. Turut serta dalam majlis ini adalah Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'cruz.


Dalam titahnya, Tuanku berharap agar masyarakat membudayakan amalan membaca ini dikalangan genarasi muda dan menambahkan minat membaca dikalangan masyarakat. Tambah baginda, kegilaan melayari laman sosial dan blog tertentu secara tidak terkawal akan merosakkan pemikiran rakyat. Maksud Tuanku ini adalah laman sosial dan blog yang telah disalah gunakan kerana bukan semua laman sosial atau blog itu membawa masyarakat kearah yang negative. macam blog Syah nie, dapat juga masyarakat mengetahui aktiviti mengenai raja-raja dan mendekatkan Raja dan Rakyat.


Baginda berharap agar orang ramai dan pelancung dapat menderma buku-buku terpakai ke Bank Buku dan Sudut Bacaan ini yang mana iannya boleh digunakan oleh orang ramai sebagai bahan bacaan sementara menunggu ketibaan feri. Baginda memaklumkan sebanyak 13,574 naskah buku yang masih elok telah dikumpul hasil kempen kutipan buku semenjak 2008 hingga akhir tahu lepas dibawah program yang dijalankan Yayasan Tuanku Syed Putera yang diterajui oleh baginda sendiri. Buku-buku tersebut telah disumbangkan kepada perpustakaan.

Timbalan Menteri memaklumkan bahawa hasil daripada kajian yang telah dijalankan, minat membaca dikalangan rakyat Malaysia masih lagi ditahap rendah. Beliau berharap agar orang ramai yang mempunyai bahan bacaan yang tidak lagi digunakan supaya mendermakannya kepada Bank Buku dan Sudut Bacaan ini untuk manfaat bersama.

No comments: