Saturday, April 23, 2011

Gaun Pengantin Duchess of Cambridge Jadi Ikutan Seluruh Dunia

02.05.2011, Isnin - Gaun Pengantin ? Kalau dah terkenal satu dunia apa jer yang dibuat akan menjadi ikutan. Betul tak? Begitulah gaun pengantin HRH Duchess of Cambridge, Catherine Elizabeth Middleton yang menjadi ikutan diseluruh dunia sekarang ini. Gaun pengantin ini berharga 38,000.00 Pound atau jika ditukatkan kepada matawang kita pada hari ini bernilai RM188,000.00 kirannya boleh dapat sebuah rumah teres dua tingkat di area Rawang tempat Syah nie. Gaun pengantin ini didatangkan dengan tiga lapis kain dalam berenda. Renda ini menggunakan sulam tampal bermotif bunga menggunakan teknik tradisi English 'carrickmacross'. Kain satin yang digunakan adalah bewarna putih gading dengan kualiti yang sama. Gaun ini didatangkan dengan Layah (train) sepanjang 9 kaki.

DiLondon, selepas sehari perkahwinan Duke and Duchess of Cambridge ada kedai-kedai pengantin yang telah menyediakan Gaun Pengantin yang serupa dihadapan kedai mereka untuk pilihan pelanggan. Di Cina pula terutamannya di Bandar Suzhou yang merupakan salah satu pusat pakaian pengantin juga tidak ketinggalan dalam mengeluarkan gaun pengantin ini. Dilaporkan sebanyak 700 buah kilang di Cina telah meniru gaun pengantin berkenaan untuk pasaran dalam dan luar negara dengan harga serendah RM346.00 hingga RM445.00 sahaja. tetapi kualiti kainnya tidaklah seperti Gaun Pengantin Duchess of Cambridge, biasalah tu kan.

Bagaimana pula di Malaysia............. Malaysia Boleh kan.............. Cuba bayangkan jika kainnya diubah suai sedikit dan kolar bentuk V nya diletakkan kain jarang iannya boleh dijadikan pakain untuk akad nikah atau persandingan. Siap letak Layah lagi (train) alaaaa kain yang menjela kat belakang tu ler. Amacam................ Ada Berani?

No comments: