20.04.2011, Rabu - Hari ini Syah dapat MC daripada Doktor sebab tak sihat dan masalah sakit dibawah leher Syah tu kata doktor disebabkan tonsil Syah bengkak. Syah tanya apa kena mengena tonsil dengan leher Syah, dia inform dibahagian tu banyak saraf dan mungkin rasa sakit tu akan terasa juga dibahagian leher Syah atau mungkin ada bengkak macam tonsil Syah juga dibahagian tu tetapi tak boleh hendak dilihat sebab didalam leher. Mula-mula bila Syah inform masa minum Semalam Syah sudah rasa sakit tu, Dr kata ada makan ikan tak takut ada tulang tetapi Syah kata Syah minum jer. Bila dia periksa tekak Syah merah dia inform seperti penerangan Syah diatas tu.
Dr bagi Syah MC sehari, Antiboitik untuk lima hari, ubat untuk ulser dan ubat demam. Dr minta Syah selalu kumur-kumur dengan air garam kerana katannya akan cepat menyembuhkan luka ditekak Syah. Lepas buat fisioterapi tadi macam mengeletar rasa bila berjalan sebab Syah buat exercise lebih sedikit daripada biasa. Rasa tu sementara jer. Lunch tadi Syah makan Meehon Sup Sayur di KLCC sebab hendak beli Green Apple tapi sama jer applenya sudah lusuh dan kesan dipicit dengan tangan. So tak jadi pergi, buat penat jer............... Sekarang jam 16:39hrs dan Syah balik naik bas dan baru sampai jam 16:00hrs tadi dan terus solat Zohor dan sekarang hendak tunggu Asar tapi belum dengar lagi Azan kat Surau atau mungkin orang tak ada disurau sebab waktu kerja kot? Sekarang hari dah gelap dan ada guruh dan macam nak hujan jer jap lagi, mesti Astro jadi macam CD Rosak jap lagi.
No comments:
Post a Comment