Monday, April 11, 2011

Keluarga Kate Middleton Berhadapan Dengan Bil Perkahwinan Menjangkau 100,000.00 Pound

19.04.2011, Selasa - The Sunday Times Newspaper dalam keluaran 17.04.2011 melaporkan bahawa keluarga Middleton, Carole dan Michael Middleton dijangka akan menangung kos hampir 100,000.00 pound untuk majlis perkahwinan anak perempuan mereka. Bayaran ini termasuk tempahan bilik di The Goring Hotel untuk keluarga mereka, pakaian penganti perempuan, pakaian pengapit dan pengiring pengantin perempuan dan perbelanjaan bulan madu pengantin. Walau bagaimanapun akhbar tersebut tidak memaklumkan sumber dari mana mereka mendapatkan maklumat ini.

Bayaran bilik penginapan hotel yang berhampiran Buckingham Palace ini ditanggung sendiri oleh keluarga Middleton merangkumi sebuah bilik dua katil (two-bedroom) dan lima bilik suite untuk Kate, adiknya Pippa dan pengiring-pengiring mereka serta ayah, ibu dan adik lelaki Kate Middleton. Penginapan ini dianggarkan bernilai 20,000.00 pound dan digunakan sebagai penginapan mereka pada malam sebelum majlis perkahwinan yang diadakan di Westminister Abbey pada 29.04.2011 nanti.

Gaun pengantin Kate sahaja dianggarkan bernilai 30,000.00 pound manakala pakaian pengapit yang juga merupakan adik beliau Pipa bernilai 20,000.00 pound. Akhbar berkenaan melaporkan kos perkahwinan Prince William dan Kate Middleton dikongsi bersama diantara Keluarga Diraja dan Keluarga Middleton manakala pihak kerajaan akan memantau bil-bil yang dikeluarkan untuk majlis ini untuk tujuan keselamatan. 100,000.00 pound bersamaan lebih kurang RM507,930.00 berdasarkan kadar tukaran matawang asing hari ini (5.0793).

No comments: