03.05.2011, Selasa - Buat spoil jer mood nak kerja pagi nie kerana ada masalah sedikit dengan Makcik Cleaner ditingkat Syah bertugas. Bila Syah hendak ke toilet kami kena swipe card dipintu tiba-tiba dia kata jangan tutup pintu dan hendak sendal pintu tu. Alasannya senang dia hendak keluar masuk. Syah kata tak boleh dan dia jawap orang lain bolehpun dan Syah kata itu orang lain.
Bukan apa, memang pihak maintenance Menara TM ada keluarkan arahan supaya tidak menyendal pintu masuk ke office kerana keadaan ini akan merosakkan pintu berkenaan dan jika berlaku kecurian didalam pejabat dan didapati pintu sengaja dibuka, orang itu akan bertanggung jawab atas tuduhan bersubahat kerana ID kita akan direkodkan setiap kali kita touch pintu berkenaan untuk keluar atau masuk. Sebagai contohnya baru-baru ini ada kes kecurian handphone kakitangan di salah satu tingkat di Menara TM.
Makcik tu tarik muka dengan Syah dan katanya kalau macam tu tak payah kerja. Syah kemudian call pengurusan mereka iaitu Peransang Jati Sdn Bhd. Katanya sepatutnya setiap cleaner ada access card dan dia akan maklumkan perkara ini kepada supervisor berkenaan untuk mengetahui perkara sebenar.
Syah perasan satu perkara, kadangkala ada cleaner yang hilangkan kad tu dan takut nak beritahu supervisor dan inilah jadinya bila nak masuk susah. Kes Mak Cik nie Syah tak pasti samada dia ada kad atau tidak. Supervisor dia akan siasat perkara ini. Syah bukan tak hendak menolong orang tetapi jika kita menolong orang dan cara kita tu membahayakan diri sendiri atau syarikat tempat kita bertugas dan cari rezeki buat apakan?
No comments:
Post a Comment