Monday, April 18, 2011

Westminister Abbey Bagaikan Gereja Dalam Taman Sempena Majlis Perkahwinan Prince William dan Kate Middleton

Para Petugas Sedang Sibuk Melakukan Pengubahsuaian Dekorasi didalam Westminister Abbey Sempena Majlis Perkahwinan Prince William dan kate Middleton

29.04.2011, Jumaat - Westminister Abbey yang merupakan sebuah gereja bersejarah di London telah bertukar wajah dengan dekorasi sempena majlis perkahwinan diraja Prince william dan Kate Middleton. Dekorasi yang diibaratkan sebagaI fairytale forest ini menelan kos sebanyak 50,000.00 pound. Kate dengan bantuan daripada floral artistic director, Shane Connolly dikatakan telah menempah lebih daripada 4 ton daun-daun termasuk English Maples, 8 batang pokok setinggi 20 kaki dan bunga-bunga tradisi english bagi mengujudkan sebuah taman mewah English didalam Westminister Abbey dimana para jemputan akan berjalan dibawah pokok-pokok dalam taman yang indah sebelum menuju ketempat duduk masing-masing. Dekorasi ini juga akan menyerlahkan lagi keunikan senibina Wesminister Abbey. Selepas majlis perkahwinan, bunga-bunga dan pokok-pokok ini akan dipamirkan kepada umum selama seminggu. Kebanyakan pokok-pokok akan ditanam semula di Prince Charles Higrove Garden kepunyaan Prince Charles seluas 37 ekar sebagai memorial sempena majlis perkahwinan Prince Wlliam dan Kate Middleton. Ayahanda Prince William, Prince Charles merupakan seorang yang suka berkebun. Bunga-bunga segar yang telah dipotong pula akan diberikan untuk kebajikan manakala bunga-bunga yang boleh bertunas akan ditanam semula untuk mengelakkan pembaziran.

No comments: