Wednesday, April 6, 2011

Sultan Brunei Terima Mengadap Dato' Haji Nooh Gadot, Penasihat Agama Islam Negeri Johor

Dato' Haji Nooh Gadot Mengadap KDYMM Sultan Brunei

12.04.2011, Selasa - Dato' Haji Nooh bin Gadot, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor yang juga merupakan Penasihat DYMM Sultan Johor serta rombongan telah mengadakan lawatan kerja selama empat hari ke Negara Brunei Darussalam bermula 06 hingga 09.04.2011. Rombongan seramai 22 orang bersama isteri masing-masing adalah bertujuan mengeratkan lagi silaturahim diantara Johor-Brunei khususnya kedua-dua badan kerajaan disamping mengadakan pertemuan dua hala Jabatan Mufti dan Mahkamah Syariah Brunei dan Johor.


Diakhir lawatan, Dato' Haji Nooh dan rombongan telah mengadap KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Istiadat mengadap diadakan di Cheradi Ratna Kenchana, Istana Nurul Iman. Manakala KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohammed Alam berkenan menerima mengadap, Datin Kalthom binti Abd Hamid Isteri Dato' Haji Nooh dan rombongan diruangan yang berasingan di Istana Nurul Iman.

Diantara ahli rombongan dalam lawatan kerja ini adalah Mufti Johor Dato' Haji M. Tahrir Dato' Haji Shamsudin, Pengarah Jabatan Agama Johor Tuan Haji Elias Hasran dan Ketua Hakim Syariah Johor Tuan Haji Amir Danuri. Pada akhir tahun 1954, Negeri Johor telah meminjamkan khidmat guru-guru agama untuk berkhidmat di Brunei disamping menyediakan buku-buku teks pelajaran agama. Hasil dari bantuan inilah telah mengujudkan 100 buah sekolah agama rendah, tujuh buah sekolah arab dan dua universiti islam yang memfokus kepada program pendidikan agama bagi melahirkan guru-guru agama yang berkelayakan di Brunei hari ini.

No comments: