Sunday, April 10, 2011

Sultan Brunei Mewakili Queen Elizabeth Bagi Upacara Sovereign's Parade Akademi Tentera Diraja Sandhurst


KDYMM Tuanku Sultan Brune menyampaikan Titah Baginda di Majlis Berkenaan dan sebelah baginda adalah Major General Patric Marriott Rasa Bangga seorang ayah disisi anaknya KDYMM Tuanku Sultan Brunei bersama Pengiran Muda 'Abdul Mateen Tuanku Sultan Bersama putera dan puteri baginda di majlis berkenaan


16.04.2011, Sabtu - Semalam 15.04.2011, KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah diberi penghormatan dan telah dijemput sebagai wakil (Sovereign's Representative) kepada HM Queen Elizabeth II di Upacara 'Sovereign's parade' Kursus Pentauliahan 102,Akademi Ketenteraan Diraja Sandhurst (RMAS),United Kingdom yang diadakan di Akademi Ketenteraan Diraja Sandhurst. Di Upacara 'Sovereign's Parade' ini baginda juga turut menyaksikan Upacara Perbarisan Tamat Latihan bagi paduka anakanda baginda, YTM Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen, yang menamatkan latihan ketenteraannya di akademi berkenaan. Turut serta dalam upacara ini adalah Lord Lieutenant of Berkshire,Komandan RMAS, Major General Patrick Marriott serta beberapa orang putera dan puteri baginda.

Entry Syah berhubung kemasukan YTM PSD Pengiran Muda 'Abdul Mateen ke Sandhurst pada 2010 lepas



Tahniah Syah Ucapkan kepada YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen kerana telah berjaya menamatkan latihan di Akademi Ketenteraan Diraja Sandhurst.

No comments: