Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah
Pada 09 Mei 2010 lepas KDYMM Sultan Brunei telah berkenan mencemar duli menghantar anakanda baginda YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen untuk memasuki penggal pertama pengambilan ke-102 Akademi Tentera Diraja Sandhurst (RMAS) di Surrey, United Kingdom. RMAS merupakan akademi tentera yang paling terkemuka didunia. YTM akan berada diakademi ini bermula 09 Mei 2010 hingga 15 April 2011. Kemasukan YTM ke RMAS merupakan kesinambungan tradisi Ayahanda dan kekandanya Pengiran Muda Abdul Azim yang pernah mendapat latihan ketentera disini. RMAS ditubuhkan pada tahun 1947 dan kebanyakan pelatih-pelatihnya merupakan individu ternama didunia terutamanya keluarga DiRaja, ahli politik, ahli perniagaan, ahli sukan, pemuzik dan seumpamanya. Kursus-kursus yang dijalankan disini mengambil masa selama 44 minggu yang meliputi subjek ketenteraan dan akademik. Pengambilan bermula pada Januari, Mei dan September setiap tahun. YTM diputerakan pada 10 Ogos 1991 dan merupakan Putera bongsu kepada Mariam Aziz bekas Isteri Sultan Hassanal Bolkiah.
Dari kiri Pengiran Anak Puteri 'Azemah, Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan Sultan Brunei meninjau bilik penginapan puteranya di Old College RMAS.
Keberangkatan tiba Sultan Brunei ke Government House Akademi Tentera Diraja Sandhusrt, RMAS disambut oleh Komandan RMAS, Mejar Jeneral PC Marriot dan isteri. Selepas menandatangani buku pelawat baginda telah diberi taklimat mengenai Commissiong Course (kursus penauliahan). Selepas itu baginda berangkat melawat Old College yang merupakan kolej lama baginda sewaktu mendapat latihan di RMAS sekitar tahun 1967. Baginda mengambil kesempatan ini untuk meninjau kemudahan-kemudahan frasarana yang terdapat dikolej berkenaan termasuk bilik kediaman anakanda baginda seperti dalam gambar diatas. Turut mengiringi baginda adalah salah seorang puteri baginda, YTM Paduka Ser Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah.
No comments:
Post a Comment