Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Malaysia telah melantik sepuluh (10) orang pakar perubatan untuk menjalankan pemeriksaan rapi terhadap kesihatan Al-Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dengan perkenaan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra. Pakar-pakar ini akan berada di Wad Diraja Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan untuk melakukan pemeriksaan terperinci bagi menentukan tahap kesihatan Tuanku Sultan. Laporan perubatan akan diserahkan kepada Pemangku Raja Kelantan. Mereka juga akan mengemukakan cadangan rawatan susulan Tuanku Sultan kepada Pemangku Raja Kelantan dan Kerajaan Negeri Kelantan. Sebenarnya sebelum ini mereka telah dihalang oleh pihak-pihak tertentu untuk membuat rawatan susulan dan terapi terhadap Tuanku Sultan. Diantara pakar-pakar yang menganggotai Ahli Panel Perubatan berkenaan adalah :-
- Datuk Dr Mafauzy Mohamed selaku Ketua Panel. Beliau merupakan Pengarah Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM).
- Datuk Prof Wan Mohamad Wan Bebakar - Ketua Jabatan Endorkin Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan.
- Prof Madya Kamaruddin Jalam - Pensyarah Perubatan dan Penyelaras Fasa III, Jabatan Anestesiologi HUSM.
- Datuk Dr Md Hanip Rafia - Ketua Jabatan Neuorologi Hospital Kuala Lumpur (HKL).
- Datuk Dr Rosli Mohd Ali - Pakar Perunding Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN).
- Dr Rosmi Salleh - Ketua Jabatan Perubatan, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII)
- Datuk Dr Suam Singh Jamit Singh - Ketua Jabatan Psikiatri Hospital Bahagia, Perak.
- Dr Badieah Yahya - Pakar Perubatan Psikiatri Hospital Permai Johor.
- Prof Madya Dr Teo Hsien Jin - Pakar Psikologi Sunway Universiti College.
- Nooraini Darus - Pegawai Psikologi Klinikal HKL.
Pakar nombor satu hingga enam telah dipilih oleh Kerajaan Negeri Kelantan manakala selebihnya dari Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan. Pakar-Pakar ini telah menjalankan tanggungjawab masing-masing secara berperingkat mulai petang jumaat bersamaan 07 Mei 2010.
Pada 18 November 2009, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengumumkan perlantikan Ahli Panel Perubatan ini dengan perkenan Pemangku Raja Kelantan. Laporan pertama telah dikeluarkan oleh panel ini pada 24 November 2010 yang merumuskan bahawa Tuanku Sultan berada dalam keadaan stabil dan menunjukkan kemajuan hasil rawatan yang diterima tetapi tidak dapat mengerakkan tangan dan kaki, manakala penglihatan dan percakapan Tuanku Sultan masih terjejas. Baginda juga diberi makanan melalui tiub. Walau bagaimanapun laporan berkenaan dipertikaikan oleh pihak-pihak tertentu kerana mereka dikatakan tidak pernah melawat Tuanku Sultan di Hospital Mount Elizabbeth, Singapura.
Inisiatif Pemangku Raja Kelantan mengarahkan supaya segala pergerakan Tuanku Sultan perlu mendapat perkenaan Baginda adalah satu langkah yang proaktif demi rasa perihatin dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada Ayahandanya Tuanku Sultan Kelantan yang masih gering kerana sebelum ini ianya dilakukan dan dipantau oleh pihak-pihak tertentu yang menimbulkan pelbagai tanda tanya.
Selain daripada itu terdapat lima senarai kerabat terdekat Tuanku Sultan Kelantan yang diberi kebenaran untuk membuat lawatan ke wad diraja HUSM. Bagi pelawat-pelawat lain, mereka perlu membuat permohonan mengikut peraturan yang ditetapkan dan mendapat perkenan Pemangku Raja.
Senarai-senarai Kerabat DiRaja yang mendapat kebenaran melawat Tuanku Sultan Kelantan tanpa perkenan (kelulusan) Pemangku Raja Kelantan :-
- Pemangku Raja Kelantan, DYTM Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.
- Raja Perempuan Kelantan, DYMM Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid.
- Isteri Kedua Al-Sultan Kelantan, Cik Puan Elia Suhana bt Ahmad
- Putera Kedua Al-Sultan Kelantan, YAM Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.
- Puteri Bungsu Al-Sultan Kelantan, YAM Tengku Amalin A'ishah Putri bt Sultan Ismail Petra.
Walau bagaimanapun putera ketiga Al-Sultan Kelantan, YAM Tengku Muhammad Fakhry Petra tidak termasuk dalam senarai orang yang dibenarkan melawat Tuanku Sultan di HUSM. Peguam Tuanku Sultan, Gobin Singh Deo dan Datuk Mohd Haaziq Pillay yang gagal untuk menemui Tuanku Sultan akan memfailkan permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan perintah kebenaran untuk melawat Tuanku Sultan di HUSM apabila kes habeas corpus untuk membebaskan Sultan Kelantan dari HUSM disebut di Mahkamah Khas dalam waktu terdekat.
Kosmo hari ini melaporkan bahawa Cik Puan Elia Suhana melahirkan rasa kecewanya kerana tidak dapat meluangkan masa yang lama dan berbual bersama Tuanku Sultan. Menurut peguamnya, Fakrul Azman Abu Hassan, sewaktu beliau dibawa masuk ke wad diraja, Raja Perempuan Kelantan berada disisi Tuanku Sultan.
Bersama-samalah kita berdoa ke hadrat Ilahi supaya Tuanku Sultan Kelantan dipanjangkan umur dan disembuhkan kegeringan Baginda supaya dapat memerintah Kelantan seperti sediakala. AMIN.
............... DIRGAHAYU TUANKU PATIK ...............
No comments:
Post a Comment