Berita terbaru mengenai Al-Sultan Kelantan, Baginda DIKATAKAN akan diterbangkan dari Kelantan ke Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan lanjut oleh pakar-pakar tempatan di Hospital Kuala Lumpur. Baginda dijangka bertolak pada petang ini jam 02:30pm bersama-sama rombongan diraja Kelantan. Samada berita ini benar atau tidak sama-sama lah kita lihat berita di TV nanti dan akhbar-akhbar esok. Buat masa ini Tuanku masih gering (sakit) dan hanya boleh diberi makan melalui tiub.
Al-Sultan Kelantan, KDYMM Tuanku Ismail Petra
Sikap perhatin dan penyayang yang ditunjukkan oleh Pemangku Raja Kelantan, DYTM Tengku Muhammad Faris Petra kepada Ayahandanya patut mendapat pujian dan sokongan bukan sahaja oleh rakyat Kelantan tetapi Malaysia khususnya. Tindakan DYTM Tengku Faris mengarahkan Ketua Polis Kelantan supaya segala pergerakan Sultan Kelantan perlu mendapat perkenan baginda adalah keputusan yang tepat dan bijak supaya Tuanku Sultan tidak dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang mungkin akan mengambil kesempatan atas keadaan Tuanku sekarang disamping dapat memastikan keselamatan dan kesihatan Tuanku Sultan terjamin. Soal Ajal, Maut, Jodoh dan Pertemua adalah ketentuan dari Yang Maha Esa. Kita hanya mampu merancang dan DIA yang menentukannya.
Pemangku Raja Kelantan, DYTM Tengku Muhammad Faris Petra
Bak kata pepatah ada mata lihat dan ada telinga dengar, apa yang berlaku dalam institusi beraja di Negeri Kelantan ini lebih merupakan urusan keluarga diraja kelantan - urusan peribadi mereka. Kita janganlah membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini kerana ianya akan mengeruhkan lagi keadaan. Apa yang perlu kita buat adalah mendengar berita / khabar dari saluran/sumber yang sahih iaitu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Sultan Kelantan dan pihak-pihak yang berkenan sahaja.
No comments:
Post a Comment