Monday, May 3, 2010

2 Rumah Baru di Makam Pahlawan - 03.05.2010

Hari Jumaat lepas 30.04.2010 tergerak hati Syah untuk Solat Jumaat di Masjid Negara sambil makan ayam goreng uncle bob, memang world makan ayam goreng panas-panas denga air tebu ice depan Masjid Negara. Lepas makan di perkarangan Masjid Negara Syah mengambil wuduk dahulu sebelum naik ke ruang solat dibahagian atas Masjid. Sampai sahaja ke atas Syah terus ke Makam Pahlawan. Alangkah terkejutnya Syah bila melihat kubur Tun Fatimah dan Tun Ghazali sudah disiap dipasang. Shukur Alhamdulilah dan ini tandanya telah lebih 100 hari mereka meninggalkan kita. Kebiasaan masyarakat Melayu akan membuat kubur kepada keluarga mereka selepas 100 hari arwah meninggal dunia. Kali terakir Syah sampai ke sini pada 12.03.2010 tetapi kuburnya belum dipasang lagi. Jom Syah bawa anda semua melawat Makam Tun Fatimah dan Tun Ghazali. Pada anda yang ada kelapangan sudi-sudikan singgah ke Makam Pahlawan di Masjid Negara dan memanjatkan doa bagi mereka yang telah tiada. Syah telah menghadiri kedua-dua Istiadat Pengkebumian Negara bagi Tun Fatimah dan Tun Ghazali di Masjid Negara sebelum ini.

Click Gambar Untuk View Yang Lebih Besar
Ini adalah kubur Tun Fatimah. Sebelah kanan atas adalah kubur Tun Fatimah sebelum disiapkan kepuk dan nisanya atau kita panggil kubur sementara. Binaan kubur baru ini dibuat dari batu marlbe putih. Syah kongsikan beberapa posisi kubur yang boleh anda lihat termasuk batu nisannya. Di kubur ini disemadikan nama beliau dengan ditulis :-


Allahyarhamuha Tun Fatimah binti Haji Hashim
S.S.C.M., P.M.N.
Dilahirkan pada 25 Disember 1924 dan kembali kerahmatullah pada hari Sabtu 9 Januari 2010 bersamaan 23 Muharam 1431.

Click Gambar Untuk View Yang Lebih Besar
Ini adalah kubur Tun Ghazali. Sebelah kanan atas adalah kubur Tun Ghazali sebelum disiapkan kepuk dan nisanya atau kita panggil kubur sementara. Binaan kubur baru ini dibuat dari batu marlbe putih. Syah kongsikan beberapa posisi kubur yang boleh anda lihat termasuk batu nisannya. Di kubur ini disemadikan nama beliau dengan ditulis :-


Allahyarham Tun Dato' Seri (Dr) Muhamad Ghazali bin Shafie
S.S.C.M., P.M.N., S.S.A.P., S.I.M.P., S.P.D.C., S.S.A.
Dilahirkan pada 22 Mac 1922 dan kembali kerahmatullah pada hari Ahad 24 Januari 2010 bersamaan 8 Safar 1431M

Ada sesuatu yang istemewa berkenaan kubur Tun Fatimah ini. Tahu kah anda bahawa :-
  • Beliau merupakan wanita pertama dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negara.
  • Disemadikan bersebelahan suami tercinta.

1 comment:

Wannaaa said...

terbaik lha .. not bad :)