Malam nie ingat tak nak makan tapi lapar pula. Tanya Muss nak makan ker tak .........dia kata Cd nak makan dan dia nak sikit jer sebab berdiet. Syah inform nak buat nasi goreng jer coz nasi lunch tadi banyak ballance.
Tak tahu nak kasi nama apa. Amacam kasi nama Nasi Goreng Simple Syah. Bahan-bahannya simple jer - Cili padi, bawang putih & merah dan ikan bilis ditumbuk dan dijadikan penumis. Sayurnya pula Syah masukkan kacang botol dan carrot dipotong kecil atau apa-apa sayur yang sesuai yang ada dalam peti sejuk anda. Nasi putih, telur, garam, serbuk perasa dan sos tiram. Sos tiran nak masukkan pun boleh tak pun tak mengapa. Tapi rasanya lebih baik jangan letaklah coz rasa lain sket. tapi Syah dah terletak tadi hehehehe. Cara-caranya tumis bahan penumis tadi hingga garing. Masukkan sos tiram (jka perlu), Masukkan carrot, kacau seketika dan masukkan nasi. Kacau sehingga bahan penumis tadi mesra dengan nasi tadi (macam you all mesra dengan suami/isteri masing-masing la.kuang...kuang...kuang...). Buat lubang ditengah nasi tadi dan pecahkan telur. Kacau seketika hingga telur masak dan gaulkan dengan nasi tadi. Kacau hingga rata. Masukkan kacang botol dan kacau seketika dan angkat. Sedap dihidangkan panas-panas dan minum dengan kopi/teh O panas. Cuba lah yer...........
No comments:
Post a Comment