Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim dalam sidang akhbarnya petang tadi memaklumkan bahawa pihak Polis Kelantan telah melaksanakan tugas dengan baik tanpa sebarang insiden sepanjang Tuanku Sultan berada di HUSM untuk mendapatkan rawatan susulan atas pilihan Pemangku Raja Kelantan. Pendapat peribadi Syah, memang Polis Kelantan telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sepertimana yang telah diamanahkan oleh Pemangku Raja Kelantan walaupun dilemparkan dengan berbagai-bagai tomahan oleh pihak-pihak tertentu seperti bertindak kasar terhadap Baginda Sultan dan Raja Perempuan semasa dibawa ke HUSM, mengasari kerabat diraja dan lain-lain lagi. SYABAS POLIS KELANTAN. Rakyat Malaysia masih waras dan dapat menilai mana yang benar dan mana yang salah dan tidak mudah terpedaya dengan niat tertentu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
No comments:
Post a Comment