Sunday, April 10, 2011

Aktiviti Pagi Sabtu

16.04.2011, Sabtu - Pagi ini Syah jemur baju yang basuh malam tadi kerana Syah tertidur dan lupa nak sidai. Bengang pula dengan lori sampah kerana dia datang kutip sampah waktu subuh agaknya dan tak sempat Syah nak letak diluar rumah. Bila Syah hantar sampah kedepan Syah lihat tong sampah rumah jiran semuanya sudah terbuka. Apa-apa tah lori sampah nie. Hemmmmmmm.............

Pagi ini pula hujan dan Syah terpaksa bawa ampaian masuk kedalam bilik TV dan jemur kat situ coz sambil tengok TV, mentenet Syah pasang kipas sekali dan kipas tu akan keringkan baju sebab tu Syah tak jemur diruang tamu kerana nak jimat elektrik gunakan satu kipas sahaja. Bil elektrik Syah bulan nie RM24++ sebab mungkin banyak buat juice dan pasang TV sampai tertidur kot. Sebelum nie dah bertahun bil elektrik Syah tak kena bayar kerana TNB bagi diskaun bagi bill yang dibawah RM20.00 tak perlu bayar tak silap Syah.

Syah juga sempat sapu ruang tamu dan dapur. Selepas semuannya selesai Syah makan ubat untuk lutut kerana iannya perlu diambil sebelum makan. Lepas tu Syah buat Apple+Carrot Juice dan makan sebiji red bean bun sebelum ambil fish oil dan vit E. Sekarang jam 09:15hrs dan macam boring jer sebab hujan lebat gila dan tak boleh menonton TV kerana Astro tak ada siaran dan nak naik atas tengok TV biasa tu malas pula. Lebih baik pasang radio kan.............

No comments: