01.05.2011, Ahad - Pada 29.04.2011 lepas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Multafi Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah telah berkenaan menghoskan Majlis Makan Malam untuk bertemu dengan 200 orang rakyat Malaysia yang berada di London. Tetamu pada malam itu terdiri daripada pelbagai latarbelakang seperti wakil pelajar, para professional dan mereka yang menetap di London. Seri Paduka Baginda berdua berada di London untuk menghadiri jemput ke Istiadat Perkahwinan Duke and Duchess of Cambridge, Prince William dan Kate Middleton pada Jumaat lepas 29.04.2011.
No comments:
Post a Comment