03.05.2011, Selasa - Hari ini Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenaan mencemar duli menghadiri Program Swiss Cahrity anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP). Program diadakan di Rumah Sejahtera, Kaki Bukit, Padang Besar, Perlis turut dihadiri oleh Raja Puan Muda Perlis Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Perlis, Mansor Jusuh dan Pengerusi Lembaga Pengurusan Rumah Sejahtera, Dato' Loh Yoon Foo.
Dalam majlis ini, DYTM Tuanku yang juga merupakan Pengerusi YTSP telah menerima sumbangan untuk Rumah Sejahtera yang disalurkan melalui Yayasan Tuanku Syed Putra. Sumbangan pada hari ini adalah daripada kumpulan seni mempertahankan diri Asia Bundo dari Zurich, Switzerland yang diwakili oleh Master Yaw HC berjumlah RM7,000.00 manakala RM2,000.00 diterima daripada Kelab Penyokong Manchester United Malaysia. Rumah Sejahtera ini dihuni oleh seramai 26 orang warga emas.
Dalam titahnya DYTM menasihatkan agar generasi muda mendekatkan diri dengan golongan warga emas bagi berkongsi pengalaman dan semangat mereka kerana warga emas adalah sebahagia dari masyarakat yan memberi sumbangan positif kepada negara. Titah baginda lagi, generasi muda seharusnya tidak merasa ego dan angkuh terhadap warga emas sehingga berlakunya kes anak-anak membuang/mengabaikan ibubapa dan ada yang sanggup meletakkan mereka dirumah kebajikan.
No comments:
Post a Comment