11.04.2011, Isnin - Sekarang jam 21:36hrs dan Syah sampai Rawang Residence tadi jam 21:00hrs. Syah baru lepas makan malam yang Syah tapaw di Bangkok Bank macam biasa Meehon Goreng dan Tempe Goreng Berlada. Disebabkan Supplement untuk lutut tue kena makan 2 kali sehari dan hendaklah diambil sebelum makan jadi Syah tak makan dalam bas. Biasanya Syah makan dalam bas tapi kali nie kena makan dirumah sebab kena makan ubat dulu. Solat sudah .............. so lepas nie baru nak mandi pulak. Heheheheh...........
Hari nie kerja tak banyak tapi Syah kena ulang alik dari Menara TM ke TM Annexe dua kali hari ini kerana ada masalah vendor minta tolong semakkan payment. Dulu boleh main call jer tapi sekarang kena walk-in ke Aras 10 pula lah.......... Lepas tu kena pergi ke aras 11 Menara TM untuk hantar dokumen. Lutut dahlah sakit tapi dah kerja kena buat juga lagipun Syah sakit lutut jer bukannya lumpuh tak boleh jalan kan? kahkahkah...... Sempat buat lawak lagi tu.
Dalam bas tadi Muss call inform bilik Syah sudah dicat warna purple dan dia minta Syah belikan lampu dinding dan kipas siling. Dalam bas ke rumah pula Ayahanda call tanya khabar. Actually dia call kat office masa Syah solat Asar tadi dan Syah lupa nak call balik. Ok nak mandilah dan jumpa lagi dilain entry. Selamat Malam Semua .......................
No comments:
Post a Comment