William and Kate 1st Public Kissing @ Balcony of Buckingham Palace - Gambar ini Syah ambil sendiri menggunakan kamera daripada Siaran Langsung NTV 7
29.04.2011, Jumaat - Prince William Arthur Philip Louis dan Catherine Elizabeth Middleton telah menjadi pasangan suami isteri yang Syah hari ini disaksikan hampir 1900 tetamu di Westminister Abbey. Dari mula lagi rakyat dan tetamu tertanya-tanya rekabentuk gaun penganti Kate dan akhirnya teka-teki mereka terjawab apabila Kate Middleton tiba di Westminister Abbey. Setelah istiadat perkahwinan disempurnakan pasangan pengantin diraja menaiki pedati khas yang terbuka menuju Buckingham Palace dan rakyat jelatan yang berbaris dikirikanan jalanraya bersorak gembira apabila pasangan diraja ini melalui tempat mereka berkumpul. Kemudiannya rakyat jelata berkumpul dihadapan Istana Buckingham dan mengelilingi Victorian Memorial untuk menunggu kemunculan pasangan pengantin dan kerabat diraja di beranda Istana. Sekali lagi rakyat jelata bersorak gembira apabila pasangan diraja ini berada di beranda istana dan melakukan 1st and 2nd Public Kissing. Esok mereka akan pergi berbulan madu dan kembali ke England pada pertengahan Mei 2011.
Syah Mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Duke and Duchess of Cambridge Semuga Dipanjangkan Jodoh Hingga Keakhir Hayat.
No comments:
Post a Comment