Sunday, April 10, 2011

Sempena 9 Tahun Kemangkatan Almarhumah Ucu

Dari hadapan kiri Almarhumah Che' Zan Al-Hajjah dan Puan Maizon. Barisan belakang bermula dari Kiri Almarhum Mon Al-Haj, Almarhum Che Rus Al-Haj dan Shaari Al-Haj (Ayahanda Syah)

18.04.2011, Isnin - Sewaktu menyediakan blog ini kedengaran seruan Azan Subuh berkumandang di udara bagi mengingatkan kita untuk menunaikan kewajipan kepada Yang Maha Esa disamping memulakan hari yang baru. Dari semalam lagi tarikh ini bermain-main difikiran Syah. Tarikh 18.04.2002 merupakan tarik perginya salah seorang ahli keluarga Maharum Bugis Syah yang amat kami sayangi dan hormati iaitu Almarhumah Che' Zan Al-Hajjah atau panggilan manja Syah Ucu.

Ucu merupakan adinda bongsu Ayahanda Syah. Walaupun Ucu seorang perempuan tetapi jasa dan pengorbanannya kepada keluarga amatlah besar dan tidak ternilai. Dengan ciri-ciri seorang wanita yang tegas dan berani menghadapi apa jua cabaran menjadikan Ucu seorang yang bertanggungjawab dan berdikiri serta tidak bergantung kepada sesiapa walaupun beliau masih bujang. Mungkin ciri-ciri ini dituruni daripada Onyang Syah yang merupakan guru silat yang dihormati oleh masyarakat setempat pada satu ketika dahulu iaitu Almarhum Abdul Rahman Al-Haj atau dikenali juga sebagai Abdul Rahman Sending. Mengikut cerita Mak (Almarhumah Nenda Maharum, Ninda Syah yang Syah panggil Mak) semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Onyang Syah tidak pernah diusik oleh Jepun kerana Almarhum boleh berbahasa Jepun ketika itu.

Pada Asalnya Almarhumah sakit tidak boleh berjalan dan mendapat rawatan di Hospital Tawakal dalam jangkamasa yang lama. Syah tak berapa ingat apa sakitnya tetapi Ucu tidak dapat bergerak. Biasalah mengikut Bomoh iannya buatan orang. Ucu bukan sahaj tegas dan berdisplin dirumah tetapi juga dipejabat apatah lagi Ucu bertugas menguruskan kewangan Syarikat yang berkaitan pembuatan peluru. Ucu terpaksa bergantung pada ubat dan akhirnya boleh berjalan semula.

Almarhum Abdul Rahman Sending, Onyang Syah

Walau bagaimanapun kesan dari ubat yang mengandungi morfin itu menyebabkan paru-paru ucu menjadi keras. Ucu mudah semput dan penat dan selalu batuk, akhirnya setelah mendapat pengesahan doktor, Ucu diberikan Medical Board dan mendapat Pencen Elat. Pencen berkenaan digunakan untuk perbelanjaan harian Ucu dan still hidup mewah seperti semasa bekerja dahulu kerana jumlah pencennya agar besar juga. Kehidupan Ucu macam biasa walaupun tak sihat tetapi still jadi ketua dalam keluarga kami dan menguruskan semua perkara termasuk perkahwinan sepupu Syah, menguruskan nenda yang sudah tua dan paling Syah tak boleh lupakan adalah Ucu sentiasa membantu Syah semasa Syah mula-mula mengalami penyakit kencing berdarah dengan menghantar Syah ke Hospital Pakar di KL, HKL dan bawa Syah balik Kampung dan sanggup ambil cuti (masa itu dia bekerja lagi) untuk jaga Syah.

Jodoh, Ajal dan Maut ditangan Tuhan. Akhirnya sebelum kemangkatan Ucu Syah telefon ke kampung dan dengar suara dia batuk dan nafasnya berbunyi kuat dan masa itu anak saudara Syah Mamat sedang menunggu keputusan SPM dan berada dikampung dengan Ucu. Syah minta dia hantar Ucu ke hospital. Syah terus call Kak Long Zainab suruh dia balik kampung sebab Syah rasa macam ada yang tak kena. Qada dan Qadar sudah ditentukan, pada jam 09:35hrs bertarikh 18.04.2011 Ucu yang kami Sayangi dan Hormati meninggalkan kami buat selama-lamanya di Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam Selangor dalam usia 53 tahun. Pergi yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya. Kami seolah-olah hilang tempat bergantung tetapi dengan semangat yang ditunjukkan oleh Ucu semasa hidupnya membangunkan kami semula. Sebab-sebab kematian seperti dalam Sijil Kematian adalah Septicaemia.

Ucu dimakamkan di Tanah Perkuburan Islam Batu 40, Sabak Bernam Selangor berhampiran Makam Nenda dan Nenda Sauydara Syah, Almarhumah Maharum Al-Hajjah dan Almarhumah Sadu Al-Hajjah. Selepas 100 hari Syah telah menempahkan sendiri makam Ucu dengan design yang Syah kehendaki daripada Encik Damanhore yang selalu membuat makam-makam diraja di Malaysia dan Brunei.

Selepas Kemangkatan Ucu, harta-hartanya yang banyak itu telah siap diagih-agihkan kepada pewaris yang dia kehendaki. Kami mengetahuinya apabila menjumpai dokumen-dokumen berkenaan yang telah siap ditukarkan kepada nama kami tanpa pengetahuan kami. Adalah sedikit harta yang tidak dinamakan dan iannya telah diserahkan kepada Amanah Raya Berhad untuk di agih-agihkan kepada waris-waris Ucu mengikut Faraid iaitu adik beradik Ucu sendiri. Urusan ARB Syah yang uruskan dan berjalan lancar kerana Syah berikan mereka semua dokumen lengkap berhubung harta-harta berkenaan.

Makam Almarhumah Che' Zan Al-Hajjah ibni Almarhum Ahmad Al-Haj

Al-Fatihah

Semuga Roh Almarhumah Ucu @ Che' Zan Al-Hajjah Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Soleh.

AMIN

No comments: