Wednesday, April 13, 2011

Prince Charles Diistihar Pewaris Tahta Yang Paling Lama Menyandang Gelaran Berkenaan

Prince Charles Kiri dan di Kanan adalah King Edward VII


1.04.2011, Khamis - Semalam Clarence House yang merupakan kediaman rasmi Prince Charles mengistiharkan bahawa The Prince of Wales atau Prince Charles telah memecahkan rekod sebagai Pewaris Tahta Britain paling lama menyandang gelaran berkenaan. Baginda telah mengatasi rekod onyangnya HM King Edward VII. Prince Charles menjadi Pewaris Tahta apabila bondannya Princess Elizabeth menaiki tahta pada 06.02.1952. Ketika itu usia baginda baru tiga tahun dan dalam usia sembilan tahun baginda diberikan gelaran Prince of Wales pada tahun 1958, setahun selepas negara kita mendapat kemerdekaan daripada British.

King Edward pula menjadi Pewaris Tahta semenjak dilahirkan oleh bondanya Queen Victoria pada 09.11.1841 yang pada waktu itu telah menjadi Raja England. Selepas kemangkatan Queen Victoria pada 22.01.1901, King Edward menjadi Raja England menggantikan bondannya. Beliau menyandang gelaran Pewaris Tahta selama 59 Tahun 2 Bulan dan 13 hari. Semalam bersamaan 20.04.2011, Prince Charles telah menjadi Pewaris Tahta England selama 59 tahun 2 Bulan dan 14 hari dan secara tidak langsung telah mengatasi rekod King Edward sebagai Pewaris Tahta paling lama dalam sejarah Britain.

No comments: