Wednesday, April 6, 2011

Sultan Selangor Gantung Gelaran Datuk Bekas Menteri Pengangkutan dan Menarik Gelaran Datuk Pengerusi Eksekutif Ekran Berhad

Tan Sri Chan Kong Choy


11.04.2011, Isnin - Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah menggantung gelaran ‘Datuk’ yang dikurniakan kepada bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy sehingga kes perbicaraan yang melibatkan beliau dalam skandal projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) selesai sepenuhnya. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato' Mohamed Khusrin Munawi dalam kenyataannya semalam, memaklumkan tuduhan yang dihadapi oleh Kong Choy adalah berat kerana ia melibatkan kepentingan awam dan negara. Walau bagaimanapun jika mahkamah mendapati beliau tidak bersalah ianya akan dikembalikan semula begitulah jika sebaliknya.

Beliau didakwa menipu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek PKFZ pada 28.02.2011 dan didakwa atas tiga pertuduhan. Sebelum ini bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik juga didakwa berhubung projek PKFZ. Tun mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkenaan dan dibicarakan. Tan Sri Chan Kong Chow menerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) pada tahun 2003.

DYMM Tuanku juga mengarahkan agar gelaran Datuk kepada Tan Sri Dr. Ting Pek Khing, Pengerusi Eksekutif Ekran Behad yang dikurniakan pada 1996 (DPMS) ditarik balik dan dibatalkan berkuat kuasa mulai 24.03.2011 setelah beliau disahkan bengkrap oleh Jabatan Insolvensi Malaysia pada 29.10.2010 lepas. Menurut Dato' Khusrin, Keputusan ini dibuat setelah mempertimbangkan bahawa pengisytiharan bankrap ke atas beliau adalah tidak sesuai bagi seseorang yang memegang Darjah Kebesaran dan bertentangan dibawah Status Darjah Kebesaran Mahkota Selangor Yang Amat Mulia 1966.

Kedua-dua keputusan ini dibuat setelah DYMM Sultan Selangor berunding dengan Dewan Diraja Selangor.

No comments: