Tuesday, April 12, 2011

Harta Pusaka Almarhum Syed Kechik Akhirnya Kekal Ditadbir Bersama

Syed Gamal ibni Almarhum Tan Sri Syed Kechik Al-Bukhary


20.04.2011, Rabu - Shukur Alhamdulillah Persengketaan diantara Syed Gamal dan Ibu Tiri nya serta adik-adik beliau (anak ibu tiri) berhubung siapakah yang berhak menjadi pentadbir harta pusaka Tan Sri Syed Kechik Syed Mohamed Al-Bukhary berakhir hari ini apabila Mahkamah Persekutuan di Putrajaya mengekalkan keputusan harta tersebut ditadbir secara bersama oleh Syed Gamal dan Ibu Tiri serta adik-adik beliau. Dengan keputusan ini bermakna Ibu Tiri Syed Gamal yang merupakan Isteri Kedua Almarhum Syed Kechik iaitu Puan Sri Sofiah Moo Abdullah dan anak-anak perempuannya Puan Sri Sharifah Zarah dan Sharifah Munira gagal dalam usaha terakhir mereka menyekat Syed Gamal yang merupakan satu-satunya anak lelaki tunggal Almarhum hasil perkahwinan pertama Almarhum sebagai pentadbir bersama harta pusaka yang dianggarkan bernilai RM 400 Juta itu.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hamim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum serta Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Datuk Seri Md Raus Sharif telah sebulat suara menolak permohonan Puan Sri dan anak-anaknya untuk mendapat kebenaran mahkamah mengemukakan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi. Puan Sri diwakili oleh peguam Datuk N Vijaykumar dan Syed Gamal diwakili oleh peguam Pawancheek Merican. Mahkamah turut memerintahkan Puan Sri dan anak-anaknya menjelaskan kos guaman berjumlah RM30,000.00 kepada Syed Gamal selaku responden dalam kes ini.

Pada 30 Julai 2010 Pesuruhjaya Kehakiman Lee Swee Seng memutuskan harta pusaka Almarhum ditadbir bersama oleh Isteri Almarhum dan Tiga Anaknya. Pertenglikahan berhubung perebutan harta ini bermula selepas kemangkatan Almarhum pada 10.04.2009 dalam usia 80 tahun kerana sakit jantung dan tidak meninggalkan sebarang wasiat. Pada 15.09.2011 Puan Sri dan anak-anaknya memfailkan petisyen memohon supaya kuasa mentadbir harta pusaka almarhum diberikan kepada mereka sahaja. Syed Gamal kemudiannya memfailkan permohonan kaveat pada 14.04.2009 bagi menghalang Ibu Tiri dan Anak-Anak Ibu Tirinya dilantik sebagai satu-satunya pentadbir puasaka Allahyarham yang dianggarkan bernilai RM 400 Juta.

Syed Gamal berusia 46 tahun merupakan anak lelaki tunggal Almarhum bersama isteri pertamanya Zainab @ Eshah binti Abdullah. Beliau merupakan seorang pemilik cafe siber.

No comments: