Thursday, April 7, 2011

Tengku Mahkota Pahang Terima Zakat Perniagaan Korporat Bagi Pihak MUIP

Tengku Mahkota Pahang Menerima Zakat Perniagaan Korporat daripada Ketua Pegawai Operasi Lembaga Tabung Haji - Gambar dari Bernama
12.04.2011, Selasa - Hari ini Tengku Mahkota Pahang KDYTM Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang atau MUIP telah berkenaan menerima Zakat Perniagaan daripada wakil-wakil enam buah Syarikat Korporat. Majlis diadakan dikediaman rasmi DYTM Tengku Mahkota Pahang di Istana Abdul Aziz, Kuantan, Pahang. Turut Serta dalam majlis ini adalah Timbalan Yang Dipertua MUIP Dato' Seri Wan Abdul Wahid bin Wan Hassan.

Diantara syarikat-syarikat korporat berkenaan adalah Lembaga Tabung Haji berjumlah RM 2,081,241.95. Zakat diserahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Lembaga Tabung Haji Dato' Kamarudin Mat Ali, Tabung Haji Travel Sdn Bhd berjumlah RM 150,000.00. Zakat diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Travel Sdn Bhd Major (B) Mohd Ramli Othman. Tenaga Nasional Berhad RM 1.6 Juta, Bank Rakyat RM 1.3 Juta, Affin Fund Management RM100,000.00 dan Perbadanan Nasional Berhad RM100,000.00. Jumlah keseluruhan Zakat yang diserahkan oleh enam Syarikat Korporat berkenaan pada hari ini berjumlah RM 5,486,466.05 (RM5.4Juta).

DYTM Tengku Abdulah bertitah bahawa berdasarkan pecahan kutipan zakat pada tahun lepas, Zakat Perniagaan Korporat merupakan penyumbang utama dengan kutipan RM30 juta daripada 100 buah syarikat. Manakala RM24.4 Juta pula dikumpul daripada 14,060 pembayar melalui kaunter dan RM20.4 Juta daripada potongan gaji. RM30 Juta daripada kutipan ini akan disalurkan kepada lapan golongan asnaf yang terdiri daripada fakir, miskin, amil, muallaf, ibnu sabil (musafir), gharmin (orang yang berhutang) dan riqab (membebaskan orang islam daripada tertindas oleh majikan, maksiat dan kejahilan).

DYTM Tengku Abdullah dalam kenyatannya hari ini mensasarkan kutipan zakat sebanyak RM80 juta pada tahun ini berbanding RM74.6 juta pada tahun 2010. Baginda yakin dengan kempen yang dijalankan secara agresif oleh MUIP dalam menyedarkan orang ramai berhubung kewajipan membayar zakat akan menyumbang kepada kejayaan matlamat ini. Tambah baginda daripada Januari 2011 hingga hari ini sebanyak RM15.1 juta telah berjaya dikumpul berbanding RM11.1 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

No comments: