The Goring Hotel - Salah seorang Doorman Hotel Goring dihadapan hotel yang pernah dikunjungi oleh golongan kenamaan termasuk Mendiang Queen Mary dan Mendiang Queen Mother.
16.04.2011, Sabtu - 14 hari lagi akan diadakan perkahwinan Diraja diantara Prince Willian dan Kate Middleton di Westminister Abbey London. Semua orang tidak sabar-sabar lagi untuk menunggu hari bahagia ini yang akan disiarkan secara langsung keseluruh dunia pada hari berkenaan.
Menurut sumber rasmi, bakal pengantin Kate Middleton akan mengakhiri malam terakhir beliau sebagai rakyat biasa di Goring Hotel yang merupakan sebuah hotel lima bintang bersebelahan Buckingham Palace. Kaum keluarga Middleton termasuk ibunya Carole dan adiknya Pipa yang akan menjadi pengapit beliau akan menginap di suite mewah hotel yang dibina pada tahun 1910 itu. The Sun melaporkan pihak hotel telah membelanjakan sebanyak RM245,000.00 untuk mengubahsuai tingkat dimana bilik-bilik berkenaan ditempatkan.
Penginapan ini mengandungi empat buah katil "poster bed", tandas abad ke19 ciptaan Century Plumber Thomas Crapper, Gaun pengantin antik yang dikatakan merupakan prototype gaun pengantin yang digunakan oleh Queen Victoria pada hari perkahwinan baginda dan lukisan "Blackadder" (karektor TV) mencium tangan Queen Elizabeth I.
Pejabat Prince William juga telah mengeluarkan aturcara majlis perkahwinan di Westminester Abbey pada 29.04.2011 nanti seperti berikut :-
Para jemputan akan memasuki Pintu Utara Westminister Abbey bermula jam 08:15hrs diikuti jemputan kenamaan sebelum jam 10:00hrs.
Prince William dan Prince Harry akan bertolak dari Calarence House iaitu kediaman rasmi Prince of Wales (Prince Charles) pada jam 10:10hrs dan dijangka tiba dalam masa lima minit.
Baginda Queen Elizabeth II dan suami baginda Prince Philip akan berangkat ke Wesminister Abbey pada jam 10:40hrs.
Kate Middleton dan rombongan beliau akan bertolak dari Hotel Goring pada jam 10:48hrs dengan menggunakan kenderaan rasmi.
Majlis dijangka akan bermula pada jam 11:00hrs.
Pasangan pengantin diraja akan pulang ke Istana Buckingham menggunakan pedati diraja pada jam 12:15hrs. Kedua-dua mereka bersama keluarga diraja dijangka muncul di Beranda Istana Buckingham pada jam 13:25hrs diikuti dengan lintas hormat oleh kapalterbang Royal Air Force.
Sama-samalah kita tunggu tarikh 29.04.2011, semuga semua perancangan yang telah diatur berjalan seperti yang direncanakan.
No comments:
Post a Comment