Saturday, April 16, 2011

Berdiri Satu Jam Dalam Komuter

26.04.2011, Selasa - Pagi ini Syah bangun agak lewat sedikit jam 05:45hrs dan biasanya jam 05:00hrs Syah kunci alarm dan kemudian guling-guling jam 05:15hrs bangun dari katil. Malam tadi lupa set alarm di handphone. Alamak......... macam lipas kudung Syah mandi dan sempat buang air besar sekali, bersiap dan solat. Syah tak sempat nak pakai baju kerja dan hari ini Syah pakai t-shirt berkolar dan jaket jer jadi taklah ketara sangat. Nak buat macam mana tak sempat nak gosok baju. Heheheheh.

Masa tunggu bas nampak jiran sebelah rumah Chong bawa anak anjing dia jalan-jalan. Baru bela lah tu sebab last week tak nampak pun. Anjing tu dia rantai dan kawasan Syah tu memang pagi-pagi atau malam ramai bawa anjing mereka jalan-jalan dengan rantainya sekali. Jangan berak depan rumah atau tempat tanaman Syah sudah. Syah tak kisah anjing jiran tapi jangan kotorkan kawasan Syah sudah. Anjing nie kalau bulu dia kering boleh dipegang tapi kalau basah atau terkena hidung dia ker terpaksa disamak tetapi lebih baik jangan disentuh dan jauhkan diri daripada mereka. Walau bagaimanapun jangan sesekali menganaya mereka jika iannya tidak memudaratkan kepada kita, berdosa tau sebab dia juga mahluk Allah.

Komuter Syah jalan jam 07:20hrs kerana macam biasa beri laluan dulu kepada train anak emas KTM iaitu ETS Ipoh - KL. Sampai stesyen Syah beli kuih kasui dan kemudiannya ketandas. Masa tunggu komuter Syah makan suppliment untuk lutut Syah kemudian makan seketul kuih tu dan kemudiannya makan Fish Oil dan Vic E. Lepas tu komuterpun datang dari arah Kuala Kubu dan macam biasa jika dari arah tu memang sure penuh dengan penumpang. Nasib tak menyebelahi Syah pagi ini kerana tak dapat duduk kerana tempat kosong terhad dan siapa masuk dulu di cup tempat tu. Dari Rawang sampai KL Sentral Syah berdiri satu jam lebih kurang. Terpaksalah Syah memberikan bebanan lebih kepada kaki sebelah kiri kerana lutut kanan Syahkan ada problem. Tapi ok tak apa-apa. Sampai office jam 08:25hrs.

1 comment:

dEa@wanie said...

as'salam....hai...

xapa la...sbar ja..nama pon public transport..lepas nie dpat 'ong' beli helikopter trus...xpyah nka sesak2 agi dh..huhuhuhuu