Dinner Malam Ini
15.04.2011, Jumaat - Sorry tak banyak entry hari ini coz pagi busy dengan kerja dan petang Syah ada fisioterapi. Eddy jurulatih fisio Syah minta Syah buat exercise berjalan laju dalam kolam renang atau berjalan atas trademil di Gym. Hehehehe semua benda yang dia suruh tu Syah tak boleh buat. Mana ada kolam renang dan nak gi Gym lah pula. Syah beritahu dia yang Syah hanya boleh buat jalan keliling taman perumahan jer. hehehehe................
Lepas fisio Syah makan Roti Naan dan Ayam Tandoori serta Barli Panas di CM. Ayamnya ok tapi roti dia garing tak sedah lahhhhhh..... dan barlinya pula guna serbuk. Semuannya kena caj RM9.30. Tengah makan hujan lebat dan lepas makan hujan rintik-rintik. Lepas bayar Syah ke toilet di CM sebelum naik bas ke Rawang. Hari nie time bas lari sebab driver lain. Bila bas datang mak aiiiiii macam ikan sardin. On the way kerumah nampak Azrin sedang periksa kereta dia yang sudah siap dibaiki coz dilanggar jiran tempohari. Dia inform Syah yang dia sudah pulangkan kunci Ael di rumah Syah.
malam nie pula tak tahu nak makan apa. Lepas makan ubat Syah solat Maghrib dan kemudiannya Insyak. Kebetulan Syah beli Wholemil Bun dan Syah buat sandwich yang Syah namakan Wholemil Sandwich Bun - Syah letak kobis, tuna dan tomato. Bolelah asalkan boleh dimakan. Sekarang jam 23:04hrs dan Syah sedang mentenet sambil makan kuaci putih. Sekejap lagi Syah hendak jemur kain yang Syah basuh tadi. Ok sehingga berjumpa lagi dilain Entry ...................
No comments:
Post a Comment