Saturday, April 23, 2011

Rating Penonton Pengkebumian Prince Diana Mengatasi Perkahwinan Prince William di USA

02.05.2011, Isnin - Pada Sabtu lepas, Nielsen Ratings memaklumkan bahawa keterujaan rakyat Amerika menonton siaran langsung Istiadat Perkahwinan Dutch and Duchess of Cambridge, Prince William dan Kate Middleton di Westminister Abbey pada 29.04.2011 lebih rendah berbanding dengan penonton yang menonton siaran secara langsung Istiadat Pengkebumian Princess Diana, Bonda kepada Duke of Cambridge pada September 1997. Nielson Ratings merupakan Sistem Pengukuran Penonton (audience measurement system) yang dibangunkan oleh Nielsen Media Research bagi mendapatkan rating penonton sesuatu program telivision di USA.

Dalam laporan yang dikeluarkan, Nielsen memaklumkan 22.7 juta rakyat Amerika menonton liputan secara langsung perkahwinan diraja di 11 rangkaian TV di Amerika yang mempunyai populasi 310 juta penduduk. Walau bagaimanapun jika dibandingkan dengan jumlah penonton bagi menyaksikan Istiadat Pengkebumian Princess Diana iannya jauh lebih rendah. Princess Diana meninggal dunia dalam usia 36 tahun akibat kemalangan jalanraya di Paris. Dalam Istiadat Pengkebumian Princess Diana di London, Nielsen mencatatkan 33.2 Juta penonton.

Itu adalah rating untuk penonton TV, Sekarang ini kan Zaman Internet dan ramai yang menonton siaran berkenaan secara online.

No comments: