Friday, April 15, 2011

Aktiviti pagi Sabtu



23.04.2011, - Sabtu - Sekarang jam 10:30hrs dan Syah baru lepas breakfast dan makan ubat. Rasa nak demam dan tekak rasa sakit sedikit dan kering manakala lutu Syah macam biasa ada masanya sakit tetapi overall kira ok lah. Breakfast apa? Heheheh macam biasalah apa yang ada Syah makan jer. Tak habis-habis dengan Tuna Sandwich, tetapi kali ini untuk menghilangkan kebosanan makan benda yang sama Syah tukar presentation sandwich tu. Biasanya Syah suka buat sandwich tiga tingkat dan potong dua dipenjurunya dan berbentuk tiga segi. Untuk memberikan kelainan Syah potong empat pula kali ini dan benduknya empat segi pula. Rasa sama jer tetapi kalau iannya dipersembahkan dalam bentuk yang berlainan ianya akan jadi lain. Tak percaya cubalah pada menu anda. Minum pula pagi nie Syah buat Horlic O + Oat.

Dari pagi tadi Syah kemas pasu bunga dan rearrangenya semula, sapu dan cuci lantai car porch, basuh kereta dan buang sampah kerna hari ini lori sampah datang buat kutipan. Bila selesai semua baru Syah keluarkan baju yang Syah basuh dan jemur dalam rumah malam tadi. Hari ini rasanya Syah tak akan kemana-mana stay home alone jer.... Hehehehehhe ........

No comments: