Sunday, April 10, 2011

Princess Diana Secara Ringkas

Dalam Kenangan - Mendiang Princess Diana dan Prince William



14.04.2011, Khamis - Gambar diatas adalah Mendiang Princess Diana, Princess of Wales yang merupakan bonda kepada Prince William yang akan melangsungkan perkahwinan pada 29.04.2011 ini. Princess Diana dilahirkan dari golongan Bangsawan England pada 01.07.1961 di Park House, Sandringham, Norfolk, England. Beliau merupakan anak kepada John Spencer (8th Earl Spencer) dan Frances Shand Kydd.

Kedua ibubapa beliau berpisah sewaktu Princess Diana berusia 7 tahun. Beliau bertunang dengan Prince Charles, Prince of Wales yang merupakan pewaris kedua tahta kerajaan Great Britain pada 24.02.1981. Cincin pertunangan beliau yang berharga 30,000.00 pound telah digunakan oleh Prince William sebagai cincin pertunangannya dengan Kate Middleton dan nilainya sekarang dianggarkan 85,700.00 pound.

Majlis Perkahwinan diadakan pada 29.07.1982 di St Paul's Cathedral dan mendapat jolokan "fairytale wedding" yang ditonton oleh hampir 750 juta penonton secara langsung melalui telivision diseluruh dunia. Gaun perkahwinan Princess Diana berharga 9000 pound dan panjangnya 8 meter atau 25 kaki manakala kek perkahwinannya disediakan oleh Belgian pastry chef S.G. Sender yang terkenal sebagai pembuat kek diraja. Dengan perkahwinan ini beliau menggunakan gelaran Princess of Wales.

Hasil daripada perkongsian hidup bersama Prince Charles beliau dikurniakan dengan dua orang putera iaitu Prince William Arthur Philip Louis atau lebih dikenali sebagai Prince William yang dilahirkan 21.06.1982 di St Mary's Hospital, Londan dan dua tahun kemudiannya muncul lagi seorang putera iaitu Prince Henry Charles Albert David atau lebih dikenali sebagai Prince Harry yang dilahirkan pada 15.09.1984 dihospital yang sama.

Walau bagaimanapun jodoh, ajal dan maut ditangan tuhan. Jodoh diantara Princess Diana dan Prince Charles tidak panjang dan mereka bercerai pada 28.08.1996. Pada 31.08.1997 Princess Diana telah mengalami kemalangan jalanraya di Alma Tunnel, Paris bersama teman lelakinya yang merupakan anak kepada jutawan Mohamed Al-Fayed iaitu Dodi Al-Fayed. Kedua-duanya meninggal dunia di Pitie-Salpetriere Hospital, Paris. Diana yang ketika itu berumur 36 tahun telah disemadikan dengan penuh adat istiadat diraja Britain di Althorp, Northamptonshire.

No comments: