Wednesday, April 13, 2011

Raja Nazrin Hadir Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan MAIAMP dan Penyerahan Zakat Perniagaan

DYTM Raja Muda Perak menyerakan zakat perniagaan yang telah dikumpul kepada Pegawai Eksekutif MAIAMP.- gambar dari Bernama

21.04.2011, Khamis - Hari ini Raja Muda Perak Darul Ridzuan Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan mencemar duli berangkat ke majlis penyampaian watikah perlantikan Anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) yang baru dan penyerahan zakat perniagaan di Kompleks Islam Darul Ridzuan di Ipoh. Diantara yang menerima watikah perlantikan pada hari ini adalah Ketua Hakim Syarie Perak, Dato' Muhamad Asri Abdullah dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, En Mohd Yusop Husin. Dalam majlis ini DYTM telah menyerahkan zakat perniagaan yang telah dikumpul kepada Pegawai Eksekutif MAIAMP Dato' Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan. Sebanyak RM 9.65 juta telah berjaya dikumpul termasuk RM4,445,467.74 daripada Tenaga Nasional Berhad Perak yang disampaikan oleh Pengurs Besarnya Dato' Mohd Zahir Md. Nagor dalam majlis ini. Selepas itu DYTM telah mempengerusikan Persidangan MAIAMP .

No comments: