Wednesday, April 13, 2011

Jurugambar Rasmi Majlis Perkahwinan Prince William DiUmum

Potrait Rasmi Prince Charles sempena Ulangtahun Keputeraan Baginda Ke-60 oleh Hugo Burnand. 21.04.2011, Khamis - Kalau ada majlis perkahwinan dah jadi trend mesti ada jurugambar yang akan mengabdikan kenangan manis raja sehari setiap pasangan pengantin. jurugambar atau photographer ini pula biasanya mereka akan buat yang terbaik dan menawarkan pakej yang istemewa untuk bakal pengantin dengan kreativiti masing-masing. Itu kebiasaan di Malaysia, dan iannya juga menjadi kelaziman disetiap pelusuk dunia bagi bakal-bakal pengantin termasuklan Prince William dan Kate Middleton yang akan melangsungkan hari bahagia mereka pada 29.04.2011 ini.

Pada Selasa lepas pihak Istana Buckingham memaklumkan bahawa Prince William dan Kate Middleton telah memilih Hugo Burnand sebagai jurugambar rasmi perkahwinan diraja mereka. Pasangan berkenaan akan merakamkan gambar rasmi perkahwinan mereka di Buckingham Palace dan Westminester Abbey.

Burnand merupakan seorang jurugambar portrait yang dikenali ramai dan tidak asing dikalangan keluarga diraja Britain. Potrait yang anda lihat diatas merupakan hasil kreativiti Burnand beberapa tahun lalu yang mengabadikan potrait rasmi Prince Charles sempena ulangtahun keputeraan baginda yang ke-60. Beliau juga merupakan jurugambar rasmi perkahwinan Prince Charles dan Camilla Parker Bowies pada tahun 2005. Selain daripada itu beliau juga pernah mengambil gambar-gambar rasmi Bill Clinton dan Victoria Beckham. Beliau juga akan mengambil gambar-gambar para tetamu pada majlis perkahwinan diraja akhir April ini.

No comments: