Friday, April 29, 2011

Prince Wiliam merupakan Duke of Cambridge Ke-3 Manakala Kate Middleton Merupakan Dutchess of Cambridge Ke-2

Prince William dan Kate Middleton

06.05.2011, Jumaat - Sebelum Istiadat Perkahwinan Prince William dan Kate Middleton pada 29.04.2011 lepas, HM Queen Elizabeth II telah menganugerahkan gelaran bangsawan Duke of Cambridge kepada cucunda baginda pada pagi sebelum majlis bermula di Westminister Abbey bersaksikan 1900 orang tetamu jemputan khas dan disaksikan di seluruh dunia melalui siaran secara langsung di media elektronik. Selepas disahkan sebagai pasangan suami isteri, Kate Middleton atau nama sebenarnya Catherine Elizabeth Middleton bergelar HRH Duchess of Cambridge. Tahukan anda bahawa Prince William merupakan individu ketiga mendapat gelaran Duke of Cambridge manakala Kate Middleton merupakan Duchess of Cambridge Ke-2. Bagaima boleh berlaku perkara sedemikian sedemikan. Beginilah ceritannya secara ringkas.

HRH Duke and Duchess of Cambridge yang Pertama


Gelaran bangsawan ini sebenarnya telah dianugerahkan kepada dua individu sebelum ini. Duke of Cambridge yang pertama adalah HRH Prince Adolphus Frederick. Beliau diputerakan di Buckingham Palace pada 24.02.1774 merupakan putera kepada HM King George III (George William Frederick; 04.06.1738 – 29.01.1820) dan HM Queen Charlotte. Putera ke-10 dan anak lelaki ke-7 King George III ini dianugerahkan gelaran Duke of Cambridge pada 17.11.1801. Beliau berkahwin dengan Princess Augusta of hesse-Kassel pada 01.06.1818 dan kemudiannya bergelar HRH Duchess of Cambridge. HRH Prince Adolphus Frederick, Duke of Cambridge meninggal dunia pada 08.07.1850 dan meninggalkan seorang putera dan dua puteri iaitu HRH Prince George (yang kemudiannya bergelar Duke of Cambridge), HRH Pricess Augusta, Grand Dutchess of Mecklenburg dan HRH Princess Mary Adelaide, Duchess of Teck.


HRH Duke of Cambridge Ke-2


Duke of Cambridge yang kedua merupakan putera tunggal kepada HRH Prince Adolphus sendiri iaitu HRH Prince George. Prince George diputerakan pada 26.03.1819 dan diberi nama George William Frederick Charles. Dianugerahkan gelaran Duke of Cambridge pada 08.07.1850 selepas kematian mendiang ayahandanya. Beliau berkahwin dengan seorang anak seni bernama Sarah Fairbrother pada 08.01.1847, walau bagaimanapun perkahwinan ini tidak diiktiraf oleh pemerintah pada masa itu. Sehubungan dengan itu Sarah Fairbrother tidak berhak dianugerahkan gelaran Duchess of Cambridge. Beliau meninggal dunia pada 17.03.1904 dan meninggalkan tiga orang cahayamata iaitu Geroge FitzGeorge, Adolphus FitzGeorge dan Augustus FitzGeorge.

No comments: