Saturday, April 16, 2011

Nonton AF Sambil Dinner

23.04.2011, Sabtu - Sekarang jam 20:55hrs dan rasa Lega............. dah solat dan sudah masak sebab kejap lagi hendak menonton konsert AF di Astro 104 jam 21:00hrs nanti. Inilah satu-satunya hiburan malam minggu Syah......... hehehehe dah seorang-seorang kat rumah, apa-apa rancangan hiburan di TV semuannya rasa best. Nak gi clubbing dah bertahun Syah tinggalkan aktiviti tu atau lebih senang cakap dah pencen. Tapi tak tahulah nanti tiba-tiba gi clubbing plak itu Syah tak pasti sebab Syah tak mahu jadi hipokrit tapi setakat catitan ini ditulis Syah dah pencen clubbing lah.

Syah masak Mee Goreng Sayur AF. Memang banyak gila sayaur dalam mee goreng ini. Ada tahu, kobis, kacang buncis, lobak merah dan tomato. Ingatkan hendak buat sandwich dan Mushroom Soup tapi malaslah asik sandwich jer dari pagi tadi. Syah juga buat telur mata kerbau, actually dah lama Syah tak makan telur goreng. Tak perlah sekali sekala kan? Petang tadi Syah lapar dan buat Mee Segera Maggi Laksa. Minuman pula Syah buat Green Apple, Celery and Carrot Juice. Kali nie manis sedikit sebab Syah campurkan satu sudu gula. Actually Syah letak gula sebab Syah blend dengan ice. Rupa-rupanya manis plak. Makan Semua............. Opsssss AF Dah Start dah......... Yahoooooooooooooo...........

No comments: