YAB Menteri Besar Mempersembahkan Titah Ucapan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Sempena Majlis Perasmian DUN Ke-12 - Gambar dari Bernama.
23.04.2011, Sabtu - Semalam Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenaan merasmikan Persidangan Perama, Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri ke-12. Seperti biasa sebelum majlis perasmian Tuanku Muhriz melakukan istiadat memeriksa perbarisan kehormat. Turut mengiringi Tuanku Muhriz adalah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud. Ketibaan baginda berdua disambut olah Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Mohamad Hassan serta isteri, Raja Datin Salbiah Tengku Nujumuddin serta Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Sembilan, Dato' Razak Mansor.
No comments:
Post a Comment