Wednesday, April 6, 2011

Princess Ariane of Netherlands Memulakan Alam Persekolahan

Princess Ariane (tengah) bersama kekanda-kekanda beliau pada tahun 2009 - Gambar dari PicApp

08.04.2011, Hari Ahad ini merupakan hari lahir Princess Ariane of Netherlands yang ke 4. Princess Ariane merupakan puteri bungsu kepada Prince Willem Alexander (Prince of Orange) dan Princess Maxima. Di Belanda kebanyakan kanak-kanaik memulakan alam persekolahan mereka seawal umur empat tahun. Sehubungan dengan itu, Princess Ariane akan memulakan sesi persekolahan pertamanya pada hari Isnin ini bersamaan 11.04.2011. Menurut media Belanda, beliau akan ditempatkan dalam kumpulan 1A di Public Bloemcamp School, Wassenaar iaitu sekolah yang sama menempatkan kekanda-kekanda beliau iaitu Princess Amalia (7tahun) dan Princess Alexia (5tahun).

Beliau dilaporkan tidak sabar-sabar untuk ke sekolah dan setiap kali menghampiri sekolah beliau akan menjerit menyatakan beliau sudah berumur empat tahun dan hendak belajar di sekolah. Menurut bondannya beliau merupakan seorang kanak-kanak yang bijak dan keletah bercakap. Selepas beberapa hari bersekolah, beliau pastinya akan merindui kedua ibubapanya yang terpaksa melakukan lawatan rasmi ke Jerman bersama-sama Queen Beatrix bermula Khamis hingga Jumaat depan.

No comments: