Friday, April 1, 2011

Prince William Merasa Gementar Menjelang Hari Perkahwinan Beliau

02.04.2011, Sabtu - Prince William yang akan melangsungkan perkahwinannya dalam masa kurang daripada empat minggu lagi mengakui yang dirinya berasa gementar menghadapi hari bahagia yang akan menyatukan beliau dan tunangnya, Kate Middleton sebagai pasangan suami isteri yang sah. Perkara ini dimaklumkan oleh Prince Wiliam kepada wartawan pada hari Jumaat lepas. Apabila ditanya kepada beliau apakah perkara yang paling merisaukan beliau, sambil ketawan Prince William menjawab "The Whole Thing" (semua perkara).

Prince Wiliam juga memaklumkan semasa menghadiri raptai perkahwinannya, lutut beliau tiba-tiba mengeletar dan berasa gementar. Walau bagaimanapun beliau memaklumkan kepada wartawan bahawa walaupun berasa gementar tetapi sebenarnya beliau tidak sabar lagi untuk menanti hari bahagian berkenaan. Dianggarkan seramai 1900 orang jemputan yang terdiri daripada kerabat diraja, para pembesar negara, diplomat asing, tentera dan pekerja amal akan menyaksikan perkahwinan pasangan ini di Westminester Abby, London. Berjuta-juta penduduk dunia dijangka akan menyaksikan perkahwinan ini yang diadakan secara langsung keseluruh dunia pada 29.04.2011. Adakah perkahwinan Prince William akan akan menandingi perkahwinan kedua ibubapannya iaitu Prince Charles dan Princess Diana yang menjadin sebutan diserata dunia? Sama-samalah kita nantikannya.

No comments: