Friday, April 1, 2011

Kemalangan Jalanraya Di Garing Utama

02.04.2011, Sabtu - Semasa Syah sedang sibuk mengemas rumah pagi nie tiba-tiba terdengar bunyi siren ambulan dan bila Syah keluar rumah Syah nampak ambulan dan kereta polis sekali menuju kearah kawasan kawasan surau. Dalam hati Syah pelik pula mengapa ada polis sekali mengiringi ambulan. Rasa ingin tahu menyebabkan Syah terus mengambil kamera dan bergesas kekawasan berkenaan. Bukan apa dikawasan Rawang Residence Syah nie selalu terjadi kejadian-kejadian jenayah seperti rompakan, tembakan dan pembunuhan. Kawasan Syah ini bayak kaum India dan pendatang asing.

Dari jauh Syah lihat orang ramai berkumpul disimpang berhampiran kawasan surau di Taman Garing Utama, Rawang. Rupa-rupanya ada kemalangan jalan raya. Sebuah kereta Honda Citiy WQB 815 yang dibawa oleh seorang perempuan Cina tak silap Syah (tak tahulah kalau dia melayu muka macam cina) bertembung dengan sebuah motor Honda WUH 8756 yang dibawa oleh seorang lelaki India. Menurut cerita yang Syah dapat ditempat kejadian wanita berkenaan singgah membeli makanan digerai tepi jalan berhampiran simpang tu. Selepas membeli makanan wanita berkenaan hendak masuk ke jalan lurus dan dia nampak motor tu tapi katannya mata penunggang motor tu memandang ke arah kanan dan dia ingatkan orang tu hendak masuk kanan dan dia terus masuk ke jalan besar tetapi motor tu sebenarnya jalan terus lalu bertembung dengan kereta berkenaan.



Penunggang motor tu terpelanting kedepan dan jatuh dijalan raya. Menurut saksi,kakinya patah dan Syah tak sempat tengok mangsa tu kerana sudah dimasukkan dalam ambulan. Ambulan pula Syah lihat lambat baru bergerak tak tahu mengapa atau mungkin mereka sedang menguruskan mangasa dalam ambulan tu dulu agaknya lah. Perempuan yang melanggar tu Syah lihat seperti terkejut, mungkin terperanjat dengan apa yang berlaku dan dia duduk sambil termenung digerai berkenaan. Syah lihat beberapa orang lelaki membantu mengikat bumper kereta berkenaan. Kalau ikut undang-undang jalanraya, salah kereta tu kerana jalan tu jalan lurus dan itu jalan motor berkenaan dan lagipun motor tu tak beri apa-apa lampu isyarat dan maknannya dia jalan terus. Penunggang motor tu pula tak tahulah samada mempunyai lesen atau tidak.

Semasa ditempat kejadian Syah terjumpa seorang posman di Menara TM dan Syah tanya duduk taman nie ker dan katannya dia stay dengan kakak dan abang iparnya disalah sebuah rumah Semi-D didepan kawasan kemalangan tersebut. Lelaki-lelaki Melayu kat area kemalangan tu tengok Syah semacam jer mungkin salah Syah kot sebab Syah ketempat kejadian dengan memakai seluar pendik - Boxer jer sebab tak sempat nak naik keatas ambil seluar panjang kerana seluar yang biasa Syah standby kat bawah tu Syah basuh.

No comments: