02.04.2011, sabtu - Pagi nie Syah bangun jam 06:30hrs dan macam biasa selepas semuanya beres dibilik air Syah solat Subuh. Lepas solat subuh Syah sapu rumah dan alihkan perabut kemudian mop bahagian atas dan bawah rumah serta bilik air. Setelah habis mop Syah betulkan semula kedudukan perabaut ketempat asal. Jam 10:24hrs baru selesai semua kerja. Untuk makan ubat Syah buat Horlic O dan Tuna Sandwich. Lutut Syah ada masa-masanya rasa sakit tapi kira oklah dah nak sembuh agaknya. Malam tadi bahagian bawah perut, ari-ari hingga testis Syah sebelah kiri rasa sakit macam biasa tu. Tak tahu mengapa sakitnya bukan sahaja masa Syah buang air kecil tapi dalam keadaan biasapun dia rasa sakit juga. So ............. Syah minum banyak air dan sakitnya makin kurang. Pagi nie Syah rasa sakit tu tak ada tapi kadang kala terasa sakit sedikit sahaja. Tak tahu mengapa nak kata kerja berat tak juga tapi mungkin semalam panas terik semasa Syah ke masjid untuk solat Jumaat dan tunggu bas lama pula tu. Semalam juga Syah makan pisang dua biji, mee rebus, tempe berlada dan minum air gas kat masjid. Tak tahulah adakah sebab panas atau makanan Syah dan lagipun sakit tu kadangkala memang datang menyerang Syah.
No comments:
Post a Comment