Friday, April 1, 2011

Maharaja dan Maharani Jepun Melawat Penempatan mangsa Gempa Bumi dan Tsunami Jepun

Maharaja dan Maharani Jepun (kiri) bertanya khabar kepada dua orang lelaki di Penempatan Mangsa Gempa Bumi dan Tsunami berhampiran Tokyo.

01.04.2011, Jumaat - Pada 30.03.2011 lepas Maharaja dan Maharani Jepun, Emperor Akihito dan Empress Michiko telah melakukan lawatan ke penempatan mangsa gempa bumi dan tsunami berhampiran Tokyo. Kebanyakan mangsa disini adalah dari Fukushima iaitu kawasan Fukushima Dai-ichi nuclear power plant. Seramai 300 orang mangsa ditempatkan di penempatan ini apabila Jepun dilanda gempa bumi dan tsunami pada 11.03.2011 lepas. Emperor Akihito dan Empress Michiko kelihatan berbual mesra dan bertanya khabar kepada mangsa-mangsa di penempatan berkenaan.

Wisma Putra menisihatkan Rakyat Malaysia supaya menanguhkan sebarang perjalanan ke Jepun buat waktu ini terutamannya di kawasan yang terlibat dengan masalah pencemaran nukeliar. Kepada rakyat Malaysia yang tinggal dalam lingkungan 80km dari kawasan pencemaran nukeliar dinasihatkan berpindah keluar dari kawasan berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga dari kesan radiasi.

No comments: