Friday, April 1, 2011

Baginda Sultan menerima mengadap Presiden Ukraine

KDYMM Sultan Brunei dan Presiden Ukraine - Gambar dari Media Permata Online

01.04.2011, Jumaat - Pada 30.03.2011 lepas KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menerima mengadap Presiden Republik Ukraine,Viktor Yanukovych semalam di Istana Nuru Iman, Brunei Darussalam. Presiden Victor dan rombongan berada di Brunei dalam rangka lawatan selama tiga hari bermula 29 hingga 31.03.2011.

Kedua-dua pemimpin kemudiannya bertukar-tukar darjah kebesaran dimana KDYMM Sultan Brunei telah berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati-D.K. kepada Presiden Viktor Yanukovych. Presiden Viktor kemudiannya menyembahkan kepada KDYMM Sultan Brunei Bintang Kebesaran Ukraine, Order of Merit, 1st Class. Istiadat mengadap ini diadakan di Cheradi Laila Kenchana, Istana Nurul Iman, Brunei Darussalam.

Dari Cheradi Laila Kenchana para tetamu beredar pula ke Cheradi Ratna Kenchana bagi Mesyuarat rasmi dan seterusnya berangkat ke Baitul Masyuarah bagi menyaksikan Majlis Tandangan Memorandum Persefahaman bagi Kerjasama dalam Bidang Pertahanan diantara DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Prerdagangan Brunei bersama Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Ukraine, Kostyantyn Gryshchenko.

No comments: