10.04.2011, Ahad - Tahniah kepada KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah kerana telah dipilih sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Asean - Asean Football Federation (AFF) yang baru menggantikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen yang menyandang jawatan berkenaan semenjak 1995. Keputusan ini dibuat dalam mesyuarat kongress AFF yang diadakan di Bangkok, Thailand pada hari ini. Tuanku Sultan Pahang yang juga merupakan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia - Football Association Malaysia (FAM) menang tanpa bertanding bagi jawatan berkenaan.
Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah kepada KDYMM Tuanku Presiden FAM atas perlantikan ini.
1 comment:
Mudah2an Tuanku TokAyah diberi kesihatan yang terbaik serta dipermudahkan segala urusannya,InshaAllah.
Post a Comment